Dokumen perintah larangan guna telefon pintar bawah 16 tahun palsu – JPM

Dokumen perintah larangan guna telefon pintar bawah 16 tahun palsu – JPM

PUTRAJAYA: Jabatan Perdana Menteri (JPM) menegaskan, dokumen bertajuk Perintah Larangan Penggunaan Telefon Pintar Bagi Individu Di Bawah Umur 16 Tahun yang sedang tular di aplikasi WhatApp adalah palsu.

JPM berkata, pihaknya tidak pernah mengeluarkan sebarang kenyataan berkaitan perkara berkenaan.

“Orang ramai dinasihatkan agar sentiasa beretika dan bertanggungjawab serta memastikan kesahihan maklumat sebelum dikongsikan kepada pengguna lain.

“Ia bagi untuk mengelak sebarang kekeliruan. Penyebaran berita atau maklumat palsu merupakan satu kesalahan di bawah Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1988,” katanya dalam kenyataan. – UTUSAN

 

Scroll to Top