7 taman ekorimba di Perak ditutup 1 November hingga 31 Disember – JPNPk

7 taman ekorimba di Perak ditutup 1 November hingga 31 Disember – JPNPk

Ipoh: Tujuh Taman Ekorimba (TER) di bawah Jabatan Perhutanan Negeri Perak (JPNPk) akan ditutup sementara kepada pengunjung mulai 1 November hingga 31 Disember ini.

Menurut kenyataan yang dimuat naik di laman Facebook rasmi JPNPk, penutupan itu dibuat berikutan musim tengkujuh berpanjangan serta ramalan cuaca tidak menentu yang dikeluarkan Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia), selain hasil penilaian risiko semasa.

Taman Ekorimba yang terlibat ialah Lata Iskandar, Sungai Salu, Pasir Panjang, Ulu Licin, Rimba Papan, Ulu Kinta dan Lata Kekabu.

“Sehubungan itu, semua pengunjung tidak dibenarkan berkunjung atau melakukan sebarang aktiviti rekreasi di taman-taman ini.

“Sebarang ketidakpatuhan terhadap arahan ini adalah di atas risiko sendiri,” menurut kenyataan itu.

Pihak pengurusan JPNPk turut memaklumkan bahawa jabatan tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang liabiliti, kerosakan, kerugian atau kemudaratan yang berlaku kepada pengunjung akibat kegagalan mematuhi arahan tersebut.

© New Straits Times Press (M) Bhd

Scroll to Top