Oh! Tidak
Wanita kongsi pengalaman tinggal dengan housemate pengotor, tak mandi 5 hari dan seluar dalam berulang.
Seorang pengguna Threads, @afrnamaisrh berkongsi pengalaman tinggal dengan housemate yang dikatakan sangat pengotor hingga membuatnya trauma untuk serumah lagi.
Menurut perkongsiannya, dia mula menyedari sesuatu yang tidak kena apabila setiap kali housemate tersebut duduk bersila, dia akan terhidu bau hanyir seperti ikan busuk.
“Bau busuk menyengat, terus tak ada selera”

Lebih mengejutkan, apabila ditanya secara peribadi, rakannya itu mengaku tidak pernah diajar untuk menjaga kebersihan diri, termasuk lap bahagian sulit selepas ke tandas atau menukar pakaian dalam dengan kerap.
Dia bagitahu yang dia ada keputihan warna hijau kuning banyak tapi tak pakai pantyliner sebab mak tak suruh. Jadi, keputihan yang melekat dekat panties tu, dia tak basuh tapi biar dan pakai semula kadang sampai 2 hari.
Tak mandi sampai 5 hari, rendam pakaian kotor dalam tandas
Lebih menjijikkan lagi, pengguna X itu turut berkongsi bahawa housemate berkenaan jarang mandi, malah boleh tidak mandi selama lima hari!

Dia turut menceritakan pengalaman ketika rakannya datang bulan dan merendam seluar dalam berdarah dalam tandas tanpa dibersihkan terlebih dahulu.
Di akhir perkongsian, wanita itu menasihatkan orang ramai, terutama wanita, supaya menjaga kebersihan diri agar tidak mengundang rasa tidak selesa kepada orang lain.
Pssttt! Kisah ini memang agak ekstrem, seriuslah pengotor sampai macam tu sekali?
Kredit: Threads
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.
** Selain dari Whatsapp Channel, dapatkan kemaskini Oh! Media setiap hari terus ke emel melalui langganan percuma di bawah.
Arini, Editor-In-Chief di Oh! Media, merupakan penulis sepenuh masa yang pakar dalam menghasilkan artikel berkaitan isu viral dan trending di media sosial, memastikan pembaca sentiasa mendapat maklumat yang terkini dan menarik.




