Trump ramal pelaburan sehingga AS$22 trilion masuk ke AS menjelang akhir 2025

Trump ramal pelaburan sehingga AS trilion masuk ke AS menjelang akhir 2025
Trump ramal pelaburan sehingga AS trilion masuk ke AS menjelang akhir 2025

Donald Trump. Foto Bernama

WASHINGTON – Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump pada Rabu berkata, dalam tempoh sembilan bulan pertama penggal kedua beliau, AS telah menarik pelaburan berjumlah AS$18 trilion.

Beliau berkata jumlah itu dijangka mencecah AS$22 trilion menjelang akhir 2025, lapor Sputnik/RIA Novosti.

Beliau menyatakannya pada Sidang Kemuncak Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Kerjasama Ekonomi Asia-Pasifik (APEC) di Korea Selatan.

Menurut Trump, beliau percaya AS kini berada dalam era “revolusi ekonomi” dengan pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) sebanyak 3.8 peratus. – Bernama 

 

 

 

Ringkasan AI

  • Presiden Amerika Syarikat Donald Trump mengumumkan AS telah menarik pelaburan berjumlah AS$18 trilion dalam tempoh sembilan bulan pertama penggal kedua beliau
  • Jumlah pelaburan dijangka mencecah AS$22 trilion menjelang akhir 2025
  • Pengumuman itu dibuat pada Sidang Kemuncak Ketua Pegawai Eksekutif Kerjasama Ekonomi Asia-Pasifik di Korea Selatan
  • Trump percaya AS berada dalam era revolusi ekonomi
  • Pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar AS sebanyak 3.8 peratus
Scroll to Top