Pelakon jelita, Anzalna Nasir, tampil bersuara selepas seorang individu berani meninggalkan komen mahu menjadi madunya ketika sesi siaran langsung di TikTok.
Menerusi perkongsian semula video tersebut, difahamkan individu berkenaan secara terbuka menyatakan keinginan untuk menjadi isteri kedua semata-mata kerana ingin berkongsi resipi masakan dengan pelakon itu.
Namun, respon Anzalna yang dikenali dengan personalitinya yang tegas dan bersahaja itu telah mencuri perhatian ramai.
“Dia kata dalam Islam lelaki boleh kahwin empat dan kalau jadi madu, boleh kongsi resipi. Macam resipi kau sedap.
“Apa hal pula nak jadi madu saya sebab resipi? Tak payahlah. Yang awak teringin sangat dengan suami saya tu kenapa?” katanya.
Tidak berhenti di situ, aktres drama Love You Mr Arrogant itu turut melontarkan pandangan tentang dilema seorang isteri dalam menjaga suami.
“Susah sebenarnya jadi isteri ni. Kalau kita jaga suami lebih-lebih, mulalah orang nak suami kita.
“Kalau tak jaga, dikata isteri tak pandai urus. Nak suruh suami pakai wangi-wangi pun takut… nanti ada pula perempuan lain terpikat bila lalu sebelah,” ujarnya.
Walaupun mengakui serba salah, Anzalna menegaskan tanggungjawab sebagai isteri tetap perlu dijalankan sebaiknya.
“Jadi serba salah, apa pun tetap kena jaga suami kita,” ujarnya.
@anzalna.nasir92 Penyondol main jauh jauh😠#capcut #anzalna #fyp #pageforyou #abcxyz
Sekarar info, Anzalna, 37, mendirikan rumah tangga dengan Hanif Zaki pada 2016 dan hasil perkongsian hidup mereka dikurniakan dua cahaya mata lelaki, Mohamad Eidrees dan Mohamad Emirhan.




