Tragedi Di Kampung Pida: Isteri Riba Jasad Suami Tanpa Kepala Dalam Sawah

Tragedi Di Kampung Pida: Isteri Riba Jasad Suami Tanpa Kepala Dalam Sawah

Oh! Tidak

Seorang lelaki maut dengan kepalanya putus akibat ditetak adik ipar dalam satu pergaduhan di kawasan sawah di Kampung Pida 3, Kedah.


Dugaan hebat menimpa seorang wanita apabila suaminya ditemukan meninggal dunia dalam keadaan menyayat hati, dipercayai terlibat dalam pergaduhan dengan adiknya sendiri (adik ipar mangsa).

Lapor Berita Harian, dalam kejadian di Kampung Pida 3, Jerlun, Kedah itu mangsa mempunyai beberapa kesan tetakan di badan selain bahagian kepala yang putus ditemui kira-kira satu meter dari badan.

“Saya jerit minta tolong dan pangku jasad suami”

Pida

Menurut isteri mangsa, Marliana Awang, dia tidak menyangka perbualan ringkas dengan suaminya petang itu menjadi yang terakhir.

Tak terbayang perasaan saya ketika itu apabila melihat jasad suami terlentang dalam sawah. Saya jerit minta tolong dan pangku jasadnya sambil mengurut dada arwah.

Marlina atau dipanggil Hawa berkata, sebelum kejadian, arwah suaminya, Nasir Md Nanyan keluar mencari kambing peliharaan mereka yang belum dibawa pulang ketika hari semakin gelap.

Namun, selepas lama tidak pulang, dia mula rasa tidak sedap hati. Penduduk kampung kemudian datang memaklumkan ada pergaduhan berlaku di sawah berdekatan rumah ibunya.

“Saya reda dengan pemergiannya”

Suami

Dia terus bergegas ke lokasi dan terkejut melihat keadaan suaminya yang sudah tidak bernyawa.

Waktu itu lagi 10 minit azan Maghrib berkumandang dan saya tak dapat gambarkan perasaan ketika itu. Saya urut dada suami dan buang selut di badannya sambil meminta doa kepada Allah supaya segala urusannya dipermudahkan dan arwah pula meninggal dalam keadaan macam ini.

Menurut Hawa, arwah merupakan seorang yang baik, rajin bekerja dan sangat menyayangi anak-anak mereka yang berusia tujuh dan 12 tahun.

Tambah Hawa, semua pokok di halaman rumahnya ditanam suami selain suami memelihara beberapa ekor kambing.

Suaminya juga mengambil upah menabur padi dan setiap hari menghantar dan mengambil anak sekolah menyebabkan anak-anak rapat dengan arwah.

Jenazah kini masih berada di Jabatan Forensik HSB dan dijangka dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Masjid Kampung Pida 3.

Pssttt! Berat sungguh dugaan buat keluarga ini. Bayangkan isteri sendiri terpaksa melihat suami terbujur kaku di depan mata. Semoga roh arwah mangsa dicucuri rahmat dan keluarganya diberi kekuatan untuk hadapi ujian besar ini.

Kredit: Berita Harian
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.

** Selain dari Whatsapp Channel, dapatkan kemaskini Oh! Media setiap hari terus ke emel melalui langganan percuma di bawah.

author avatar

Arini, Editor-In-Chief di Oh! Media, merupakan penulis sepenuh masa yang pakar dalam menghasilkan artikel berkaitan isu viral dan trending di media sosial, memastikan pembaca sentiasa mendapat maklumat yang terkini dan menarik.

Scroll to Top