am@hmetro.com.my
Johor Bahru: Seorang wanita warga China cedera selepas dipercayai terjatuh dari tingkat dua sebuah hotel di Bandar Baru Permas Jaya di sini, pagi tadi.
Komander Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Johor Jaya, Pegawai Bomba Kanan II (PBK II) Shafie Md Don berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan bagi menyelamat mangsa jatuh bangunan pada jam 6.11 pagi.
Beliau berkata, setibanya pasukan keluaran operasi (PKO) 10 minit kemudian, didapati seorang wanita berusia 39 tahun berada di hadapan lif di tingkat satu bangunan itu.
“Apabila PKO tiba di lokasi, mangsa sudah berada di hadapan lif di tingkat satu bersama pasukan perubatan KKM (Kementerian Kesihatan).
“PKO kemudian membantu membawa mangsa turun melalui lif dan diserahkan ke ambulans KKM untuk rawatan lanjut,” katanya menerusi kenyataan media, hari ini.
Menurut beliau, operasi kemudian ditamatkan pada jam 6.32 pagi.
© New Straits Times Press (M) Bhd




