Polis tahan tiga lelaki dipercayai pukul kanak-kanak dituduh curi pengecas bateri

Polis tahan tiga lelaki dipercayai pukul kanak-kanak dituduh curi pengecas bateri

mhafis@mediaprima.com.my

Kuala Lumpur: Polis menahan tiga lelaki selepas terbabit dengan kes pukul kanak-kanak yang dituduh mencuri pengecas bateri.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Fadil Marsus berkata, polis terkesan satu hantaran di media sosial berkaitan kanak-kanak lelaki berusia 12 tahun dipukul beberapa lelaki di kawasan medan selera di sebuah Projek Perumahan Rakyat (PPR) di Kuala Lumpur.

Menurutnya, punca kejadian dipercayai suspek menuduh mangsa mencuri pengecas bateri milik rakannya.

“Mangsa mendapatkan rawatan di Hospital Kuala Lumpur (HKL) dan mengalami luka kecil di dahi dan mulut.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan dan Seksyen 506 Kanun Keseksaan kerana mendatangkan kecederaan dan membuat ugutan jenayah kepada mangsa,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata, polis berjaya menahan tiga lelaki berusia antara 49 hingga 61 tahun.

“Ketiga-tiga tangkapan dibuat di lokasi berasingan di Kelantan dan Kuala Lumpur,” katanya.

© New Straits Times Press (M) Bhd

Scroll to Top