03 November 2025 05:49pm
Masa membaca: 4 minit

Agensi Berita Vietnam melaporkan pada masa ini sebanyak 50 lokasi di lebuh raya utama masih terhalang, termasuk 24 lokasi di bawah seliaan Kementerian Pembinaan. Foto AFP
HANOI – Hujan lebat dan banjir telah meragut 37 nyawa serta menyebabkan lima orang hilang dan 78 yang lain cedera di seluruh negara setakat pagi Isnin, menurut Pihak Berkuasa Pengurusan Daik dan Bencana Vietnam.
Agensi Berita Vietnam (VNA) melaporkan pada masa ini sebanyak 50 lokasi di lebuh raya utama masih terhalang, termasuk 24 lokasi di bawah seliaan Kementerian Pembinaan.
Perkhidmatan kereta api Hanoi-Ho Chi Minh City telah disambung semula, namun beberapa bahagian masih memerlukan tren bergerak perlahan akibat banjir.
Kementerian Pertanian dan Alam Sekitar telah menggesa kementerian, agensi serta pihak berkuasa tempatan melaksanakan arahan Perdana Menteri bagi menangani kesan banjir di wilayah tengah negara itu. – Bernama
Ringkasan AI
- Hujan lebat dan banjir menyebabkan 37 nyawa terkorban, lima orang hilang dan 78 cedera di Vietnam
- Sebanyak 50 lokasi di lebuh raya utama masih terhalang
- Perkhidmatan kereta api Hanoi-Ho Chi Minh City telah disambung semula tapi beberapa bahagian perlukan tren bergerak perlahan
- Kementerian Pertanian dan Alam Sekitar menggesa pelaksanaan arahan Perdana Menteri untuk menangani banjir
- Banjir terjadi di wilayah tengah negara Vietnam



