Kisah rumah tangga personaliti media sosial, Cik Bunga dan suaminya Bengah, kini menjadi bualan hangat netizen selepas beberapa perkongsian penuh emosi dimuat naik oleh Cik Bunga di Instagram.
Dalam perkongsian yang tular itu, Cik Bunga dilihat meluahkan rasa tidak dihargai dan tekanan emosi yang dialaminya setelah sekian lama tinggal serumah dengan keluarga mentua.
Cik Bunga rasa tak dihargai lepas sekian lama tinggal dengan keluarga mentua


Lebih mengejutkan apabila Cik Bunga turut berkongsi mesej dipercayai dihantar ibu mentuanya kepada suaminya.
Mesej itu mendesak suaminya supaya segera pulang ke rumah dan mengkritik sikap mereka yang dikatakan suka menghabiskan masa di dalam bilik.
Walaupun tidak menyebut nama sesiapa secara langsung, ramai yang beranggapan luahan tersebut merujuk kepada sikap suaminya, Bengah, yang tidak mempertahankan dirinya.
“Macam ni ke suami? Suami yang suka kutuk bini sendiri dari dulu lagi?”
Cik Bunga turut berkongsi mesej mendakwa suaminya kerap memburukkan dirinya kepada orang lain. Suaminya juga didakwa kerap menghantar mesej kepada wanita lain.




Untuk makluman, Bengah atau nama sebenarnya Hammad merupakan seorang influencer dan juga pasangan kepada personaliti popular, Cik Piya.
Pssttt! Kadang-kadang dalam rumah tangga, bukan semua yang nampak bahagia itu benar-benar sempurna. Bila tekanan emosi mula menekan, luahan di media sosial jadi tempat melepaskan rasa. Apa pun, Ohmedia harap Cik Bunga dan Bengah dapat selesaikan semuanya secara matang dan jauh daripada pandangan umum.
Kredit: Threads
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.
** Selain dari Whatsapp Channel, dapatkan kemaskini Oh! Media setiap hari terus ke emel melalui langganan percuma di bawah.
Arini, Editor-In-Chief di Oh! Media, merupakan penulis sepenuh masa yang pakar dalam menghasilkan artikel berkaitan isu viral dan trending di media sosial, memastikan pembaca sentiasa mendapat maklumat yang terkini dan menarik.




