Larian Harian Metro Active Rings terima sambutan hangat

Larian Harian Metro Active Rings terima sambutan hangat

Kuala Lumpur: Sambutan terhadap Larian Harian Metro Active Rings Kuala Lumpur 2025 di Dataran Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), Ahad ini, sangat menggalakkan dengan peserta berlumba-lumba mendaftar pada saat-saat akhir menjelang tarikh tutup Jumaat ini.

Ini kerana, dengan yuran penyertaan hanya RM45, peserta teruja merasai semangat gaya hidup sihat dan aktif bersama keluarga atau rakan-rakan di ibu kota menerusi larian sejauh lima kilometer (km) tanpa gangguan kesesakan trafik dari jam 7 sehingga 10 pagi.

Bukan itu sahaja, dengan yuran serendah itu juga, setiap peserta akan menerima jersi rasmi eksklusif serta pingat edisi khas berinspirasikan Menara Berkembar Petronas, simbol ikonik semangat aktif warga Kuala Lumpur.

Peserta juga akan menerima pelbagai barangan di dalam goodies bag yang disediakan oleh penganjur, sekali gus bermakna mereka tidak akan pulang dengan tangan kosong.

Malah mereka yang menyertai larian kali ini berpeluang untuk memenangi hadiah cabutan bertuah yang akan berlangsung selepas berakhir acara larian.

Antara hadiah menjadi rebutan ialah jam tangan pintar mewah Huawei Watch GT 6 Pro (46mm) sebagai hadiah utama, direka khas untuk mereka yang bergaya aktif dan elegan.

Peserta bertuah di tempat kedua pula bakal membawa pulang Huawei Watch GT 6 (41mm), manakala dua lagi pemenang akan menerima Huawei Freebuds 6i, dengan kualiti bunyi mantap teman sempurna untuk menemani setiap langkah pelari.

Untuk merasai segala pengalaman berbaloi itu, orang ramai masih boleh melakukan pendaftaran menjelang tarikh tutup penyertaan Jumaat ini.

Orang ramai yang berminat boleh mendaftar dengan mengimbas kod QR pada poster rasmi atau melalui pautan media sosial Harian Metro.

Pendaftaran juga boleh dilakukan terus di laman web rasmi https://www.ticket2u.com.my/event/465 37/harian-metro-active-rings-run-2025.

© New Straits Times Press (M) Bhd

Scroll to Top