Kerajaan, PDRM diarah bayar ganti rugi RM10,000 sehari kepada keluarga Pastor Koh hingga didedahkan keberadaannya

Kerajaan, PDRM diarah bayar ganti rugi RM10,000 sehari kepada keluarga Pastor Koh hingga didedahkan keberadaannya

am@hmetro.com.my

Kuala Lumpur: Mahkamah Tinggi memerintahkan Kerajaan Malaysia dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) membayar ganti rugi RM10,000 sehari kepada keluarga Pastor Raymond Koh bermula dari tarikh beliau diculik sehingga pihak berkuasa mendedahkan keberadaannya.

Hakim Datuk Su Tiang Joo yang membenarkan saman dikemukakan keluarga Pastor Koh, dalam penghakiman hari ini memutuskan kerajaan dan polis bertanggungjawab di atas kehilangan lelaki itu yang dilaporkan diculik pada 13 Februari 2017.

Tanggungjawab itu membabitkan kecuaian, penyalahgunaan kuasa awam, pelanggaran tanggungjawab statutori dan pencabulan kebebasan asasi dalam kes kehilangan lelaki berkenaan.

Tiang Joo memutuskan, satu atau lebih defendan, yang terdiri daripada pegawai polis berkhidmat dan bekas pegawai, terbabit dalam penculikan Raymond dan bertindak mengikut ‘satu arahan’ lapan tahun lalu.

Raymond diculik ketika sedang memandu di Jalan SS4B/10, Petaling Jaya dan sehingga kini, beliau sudah hilang selama 3,188 hari.

Beliau yang juga pengasas Badan Bukan Kerajaan (NGO) Harapan Komuniti, diculik oleh sekumpulan lelaki bersenjata pada 13 Februari 2017 ketika dalam perjalanan ke rumah seorang rakan.

Isteri Raymond, Susanna Liew, memfailkan saman itu terhadap polis dan kerajaan berhubung dakwaan pembabitan kerajaan dalam kehilangan suaminya dan cara pihak berkuasa menyiasat kes terbabit.

Berita lanjut menyusul

© New Straits Times Press (M) Bhd

Scroll to Top