“Sayang Sangat Dia Tu” – Azza Elite Teruja Fazura Hadiahkan Telekung & Tudung 

“Sayang Sangat Dia Tu” – Azza Elite Teruja Fazura Hadiahkan Telekung & Tudung 

Pelakon dan penyanyi, Azza Elite mencuri perhatian ramai apabila berkongsi sepotong video pendek memperlihatkan dirinya sedang memakai telekung hadiah pemberian selebriti popular, Nur Fazura.

Menerusi perkongsian di Threads, Azza meluahkan rasa terharu dan bersyukur atas pemberian penuh makna itu daripada Fazura yang disifatkannya sebagai seorang adik yang penyayang dan berhati mulia.

“Sayang sangat dia tu @missfazura. Thak you bagi kak Azza telekung cantik. Tudung 10 kampung.

“Nanti Kak Azza buat video cantik-cantik lagi. Besar pahala adikku sayang. Telekung dan tudung-tudung ni Kak Azza pakai nanti okay. Lawa sangat telekung. boleh buat hantaran kahwin tau.

“Tudung ni Kak Azza akan pastikan pakai dna cantik macma adik. Sayang kamu, May Allah SWT bless you jannahtul firdausi,” katanya.

Manakala, dalam hantaran berlainan pula,  rakan baiknya iaitu Abby Abadi turut berkongsi hantaran memaklumkan dia juga menerima hadiah pemberian daripada Fazura.

“Alhamdulillah rezeki dari Si cantik lawa manis @missfazura. Kita ke Penang dan Ipoh 2 hari ni dik, jadi tiada di rumah.

“Nanti balik, kita buka ya. Rasa macam boleh agak dah ada apa. Ada rezeki nak balas juga. Anyways, terima kasih banyak-banyak. Sangat kita hargai. Ada rezeki kita jumpa okay. Jom makan-makan,” kongsinya.

Scroll to Top