Konflik rumah tangga membabitkan penyanyi, Nubhan dan isterinya, Dr. Afifah Hidayah semakin menjadi tumpuan ramai.
Terkini, menerusi perkongsian di Instagram (IG), Nubhan memuat naik sebuah video memaparkan momen bersama tiga cahaya matanya memeluk pembantu rumahnya
Namun begitu, video tersebut menimbulkan reaksi kurang senang dalam kalangan netizen apabila melihat pembantu rumahnya yang seakan lebih merindui anak-anak Nubhan.
Sementara itu, tular di platform Threads sebuah ciapan memaparkan tangkap layar komen ditinggalkan isteri Nubhan, Dr. Fie yang cukup menyentuh hati ramai.
“Bibik lebih layak dari ibunya?” tulisnya.

Namun begitu, rata-rata netizen mendakwa komen tersebut telah dipadam oleh Nubhan di hantaran tersebut.

Sebelum ini, peguam syarie, Mohd Redzuan Ramli yang mewakili Nubhan memaklumkan anak guamnya telah memfailkan permohonan hadanah (hak penjagaan anak) di Mahkamah Rendah Syariah Shah Alam.
Artikel Berkaitan: “Saya Besarkan Mereka Dengan Doa Dan Impian” – Nubhan Fail Hadanah, Ciapan Dr. Fie Raih Tumpuan



