“Tak Perlu Berebut Anak Saya, Kalau Kahwin Orang Muda Boleh Buat Anak Baru” 

“Tak Perlu Berebut Anak Saya, Kalau Kahwin Orang Muda Boleh Buat Anak Baru” 

Isteri kepada penyanyi Nubhan iaitu Dr Afifah Hidayah menegur tindakan pihak luar yang didakwa cuba merebut anak-anaknya.

Menerusi hantaran di Threads, Dr Afifah turut mendakwa pihak luar terlalu menunjukkan kasih sayang terhadap anak-anaknya serta seolah mengambil tempatnya sebagai ibu.

BACA: “Memang Aku Layak Dapat RM5 Juta Tu Dari Family Kau” – Mesej Dr Fie Tersebar?

“Bolehkan masing-masin sayang anak sendiri? Bibik ada anak sendiri, orang ketiga pun ada anak sendiri. Tak perlu berebut sangat anak Fie. 

“Tapi kalau kahwin orang muda bolehlah buat anak baru. Kita ni bukan ibu tumpang tau.. tu anak-anak Fie tau. Tak perlu sayang beria sangat wahai orang-orang luar,” tulisnya.

Sementara itu, dalam satu hantaran lain Dr Fie menegur tindakan seorang individu yang didakwa memuat naik wajah anak-anaknya di media sosial tanpa kebenaran.

“Siapa benarkan pin muka anak-anak Fie ni? Ni anak dia ke anak Fie ni? Terima kasih org screenshot kan. Kita ni dah block dia. Penat dengan anak org ketiga ni. Happy di atas penderitaan org lain,” tulisnya


Scroll to Top