Pelakon Fasha Sandha menjelaskan hubungannya dengan Fazura dalam keadaan baik meskipun belum sempat untuk berhubung antara satu sama lain.
Memetik mStar Online, Fasha berkata dia dan Fazura masih lagi mengikuti antara satu sama lain di media sosial dan menganggap apa yang berlaku berpunca daripada peminat yang terlalu emosi.
BACA: Ramai Nak ‘Unfollow’ Fasha Sandha Gara-Gara Hadir Majlis Resepsi Fattah & Amira
“Sejujurnya saya tak mahu cakap lebih sangat sebab takut nanti orang lain salah faham. Apa yang saya katakan, saya masih sahabat dia. Kami masih mengikuti antara satu sama lain. Mungkin peminat saja yang beremosi.
“Pada pendapat saya, Fazura mahupun Fattah telah move on dan mereka ada kebahagiaan serta kehidupan masing-masing.
“Kami pun dah lama tak berjumpa dan tak sempat berhubung antara satu sama lain. Lebih baik kita tunggu masa yang sesuai,” katanya.
Dikecam peminat gara-gara hadir ke majlis respsi Fattah dan Amira Othman sebelum ini, Fasha bagaimanapun berkata dia tidak lagi berdepan serangan seperti sebelum ini.
“Sekarang pun Alhamdulillah dah tiada serangan kepada saya sebab mereka tahu yang saya natural, baik dengan semua orang. Hidup lebih tenang dan harmoni,” katanya.
Dalam pada itu, Fasha turtu meminta untuk mendoakan yang baik-baik buat Fattah dan Fazura serta anak mereka, Fatima.
Sumber: mStar Online



