Anak Rod Stewart KO 13 saat

Anak Rod Stewart KO 13 saat

London: Anak lelaki Rod Stewart berdepan mimpi ngeri pada kejohanan tinju pertamanya apabila tewas dengan ‘knockout’ (KO) dalam masa hanya 13 saat, semalam.

Sean, 45, yang dikenali sebagai ‘anak Rod Stewart’ dalam siaran DAZN adalah anak ketiga tertua daripada lapan orang anak legenda muzik itu.

Sean tidak mahu bercakap mengenai pertarungan itu selepas dia dihabiskan dengan cepat oleh lawannya, Bdave, yang 18 tahun lebih muda daripadanya.

Stewart, yang nampak tidak memiliki kaki panas seperti bapanya, dibiarkan tidak berdaya selepas Bdave melepaskan tumbukan tangan kanannya sebelum diserang dengan rangkaian hook.

Satu tumbukan padu kemudian menjatuhkannya ke kanvas sekali gus menamatkan perlawanan dengan cepat dan kelihatan cedera teruk selepas terbaring sambil dibantu oleh pengadil.

Bdave meraikan kemenangan sementara lawannya diperiksa sama ada cedera yang dialami serius.

Keputusan di Nashville, Texas itu dikatakan sebagai KO terpantas dalam sejarah kejohanan di Misfits.

Peminat terkejut dengan KO yang brutal, dengan seorang berkata: “Kenapa lelaki itu menurunkan tangan begitu rendah?”

Seorang lagi berkata perlawanan itu adalah tidak seimbang: “Seorang berpengalaman bertahun-tahun dengan 8 perlawanan hampir 4 tahun tinju menentang seorang debut 45 tahun dengan notis 2 minggu dalam sarung tangan 10oz yang KO. Ini bahaya.”

Peminat yang lain menambah: “Anak lelaki Rob Stewart hampir tidak dapat menolak lawannya. Dia pun nampak tidak stabil berdiri sendiri.”

Terdapat sedikit ketegangan antara Stewart dan Bdave sebelum perlawanan selepas mereka bertembung semasa timbang badan pada Jumaat.

Kedua-duanya saling memprovokasi sebelum Bdave membisik sesuatu kepada lawannya. Stewart marah dan menolak Bdave, menyebabkan pasukan keselamatan terpaksa memisahkan mereka.

Bapanya, Rod Stewart sedang bermain di konsert di London sekali gus jadi tidak dapat hadir.

Sean mempunyai 45,000 pengikut di Instagram dan sebelum ini menunjukkan kepada peminat bagaimana dia sedang berlatih menjadi seorang petinju.

© New Straits Times Press (M) Bhd

Scroll to Top