Penyanyi dan pelakon Nonny Nadirah sekali lagi mencetuskan isu apabila memuat naik video kesedaran mengenai situasi di Palestin.
Memuat naik dua video di platform Instagram, tindakan murninya dikecam warganet gara-gara pakaian seksi yang disarungkan Nonny.


Di ruangan komen, rata-rata warganet menzahirkan kecaman serta rasa kasihan terhadap bintang kelahiran Akademi Fantasia itu.


Difahamkan, Nonny menggunakan akaun Instagram baharu selepas akaun lamanya sebelum ini digantung.

“Dah lama tak muncul. Akaun lain saya pun dah digantung. (Akaun Instagram dua kali digantung dan juga akaun YouTube saya).
“Saya banyak kali terima ugutan! Bukan saja daripada mereka, tapi juga daripada si ‘ahli sihir’ mereka! Ini akaun baharu saya ya, gais.
“Saya Nonny Nadirah. Sampai sekarang, saya tetap bersama Palestin,” tulisnya di sebuah hantaran empat hari lalu.
ARTIKEL BERKAITAN: Ligat Menari Sambil Berkemban, Nonny Nadirah Cetus Kontroversi Lagi!
ARTIKEL BERKAITAN: Nonny Nadhirah Buat Hal Lagi! Tampil Pakai Baju Dalam Hitam & Nyanyi Lagu Arab
Terdahulu, Nonny pernah mencetus kontroversi apabila memuat naik video membotakkan kepala dengan hanya berpakaian dalam, menari sambil berkemban dan aksi mandi tanpa baju sambil mencuci rambut.




