Dah ‘ready’ nak lahirkan bayi sulung, Ain Edruce minta doa dipermudahkan urusan

Dah ‘ready’ nak lahirkan bayi sulung, Ain Edruce minta doa dipermudahkan urusan

Nampaknya pengacara dan pelakon terkenal, Ain Edruce sedang menanti detik melahirkan anak sulungnya tidak berapa lama lagi.

Dalam perkongsian terbaru Ain di Instagram, dia memuat naik momen di dalam wad bersalin dan meminta orang ramai untuk sama-sama mendoakan agar urusannya dipermudahkan.

Dia juga memberitahu yang dia belum lagi bersalin dan sempat berseloroh bahawa baby masih malu-malu untuk keluar.

Ain turut menyertakan beberapa gambar selfie dirinya yang terlihat ceria diatas katil sebuah hospital swasta.

Sehubungan dengan itu, rata-rata rakan artis dan juga peminatnya terus-terusan mendoakan agar urusan Ain untuk bersalin dipermudahkan.

Mereka juga berharap agar dia dan suaminya, Amirul Hafiz terus kuat serta saling menyokong ketika detik-detik bermakna menanti kelahiran anak sulung mereka.

 

Sumber: Ainedruce

Scroll to Top