Hujan lebat, siling KLIA Terminal 1 bocor

Hujan lebat, siling KLIA Terminal 1 bocor

hafidzul@hmetro.com.my

Kuala Lumpur: Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) Terminal 1 dilanda insiden kebocoran siling hari ini susulan hujan lebat dan cuaca ekstrem yang melanda Lembah Klang.

Video kebocoran itu tular di media sosial yang memaparkan kebocoran air dari salah satu struktur siling di balai pelepasan utama terminal itu.

Sementara itu, Malaysia Airports Holdings Berhad (MAHB) mengesahkan kejadian itu menerusi kenyataan ringkas yang dimuat naik di laman sosial media rasmi.

Menurut kenyataan itu, kebocoran air itu berlaku di beberapa bahagian di Terminal 1 dan adalah berpunca daripada hujan lebat.

“Pasukan kejuruteraan, operasi, dan keselamatan kami sudah digerakkan serta-merta untuk menguruskan keadaan,” katanya

Setakat ini, tiada gangguan besar terhadap operasi penerbangan dilaporkan, namun penumpang dinasihatkan untuk berhati-hati ketika bergerak di dalam terminal.

© New Straits Times Press (M) Bhd

Scroll to Top