Gabungan sains penjagaan kulit

Gabungan sains penjagaan kulit

Kuala Lumpur: Suasana di The Creators’ Renew Lab, APW Bangsar baru-baru ini dipenuhi keceriaan dan inovasi apabila Garnier Malaysia memperkenalkan era baharu dalam penjagaan kulit.

Acara ini bukan sekadar pelancaran produk, tetapi gabungan dunia sains kulit canggih, ruang kreatif pencipta kandungan, dan komuniti kecantikan yang penuh semangat.

Tumpuan utama adalah pelancaran Garnier Tri-Acid Renew Peeling Serum, kini eksklusif di Watsons. Serum ini mengandungi 15 peratus campuran AHA, BHA, PHA serta Niacinamide, direka untuk memperbaharui kulit secara mendalam dalam masa empat jam sahaja.

Serum ini dikatakan mampu menjadikan kulit lebih halus, cerah dan sekata, tanpa mengorbankan kelembutan, malah sesuai digunakan setiap hari termasuk bagi mereka yang berkulit sensitif.

Melengkapkan rutin eksfoliasi, Garnier turut memperkenalkan Micellar Peeling Water, pembersih dua fungsi yang bertindak sebagai pembersih berkesan serta eksfoliator lembut. Kedua-duanya membentuk rutin lengkap untuk kulit sihat dan berseri.

Acara turut menampilkan kempen “Peel The Truth” bagi menangkis salah tanggapan tentang eksfoliasi dan membuka perbualan mengenai penjagaan kulit. Sesi ini dipimpin ahli dermatologi terkenal Dr Aen, yang menegaskan pengelupasan kulit berkesan tidak semestinya menyakitkan.

Dr Aen menyifatkan serum Garnier memberikan kesan “peel glow” tanpa pedih atau masa pemulihan.

“Ia cukup lembut untuk digunakan setiap hari dan membantu mengatasi masalah kusam dan jerawat,” katanya.

Selain sains, tetamu turut menikmati ruang ekspresi kreatif di Custom Charms Lab bersama artisan tempatan, Beadology, mencipta rantai dan loket bertemakan Garnier.

© New Straits Times Press (M) Bhd

Scroll to Top