Oh! Artis
Fattah Amin muat naik gambar katil hospital dan minta doa buat isterinya, Amira Othman. Apa yang terjadi?
Pelakon popular, Fattah Amin mencuri perhatian ramai selepas memuat naik gambar sebuah katil hospital di Instagram Story miliknya.
Tanpa menjelaskan keadaan sebenar, Fattah hanya menulis ringkas dan minta orang ramai doakan isterinya.
Doakan isteri syurga saya.
Perkongsian itu terus mencetuskan tanda tanya peminat yang risaukan keadaan isterinya, Amira Othman.
Amira Othman kongsi tangan di drip

Tinjauan di Instagram Amira turut mendapati pasangan ini sempat menghadiri sebuah acara bersama sebelum penyanyi lagu Rasa dan Takdir itu memuat naik gambar tangannya yang sedang di drip.
Esok kena fly. Semoga sempat sihat, Nadia Amira.
Tidak hairanlah ruangan komen Amira dibanjiri doa dan ucapan semoga dipermudahkan urusan.
Doa dari peminat

Sejak berita itu tersebar, peminat kedua-duanya mula membanjiri media sosial dengan doa agar Amira diberi kesembuhan segera dan dipermudahkan segala urusan perjalanan.
Untuk rekod, Fattah dan Amira baru sahaja melangsungkan perkahwinan pada 14 September lalu.
Megat merupakan penulis sepenuh masa di Oh! Media yang pakar dalam mengupas pelbagai topik terkini dan viral. Dengan gaya penulisan yang segar dan relevan, Megat memastikan pembaca sentiasa mendapat informasi yang menarik dan tepat pada masanya.




