Pelakon dan aktivis kemanusiaan, Ardell Aryana, akhirnya tampil membuat pendedahan mengenai kejadian yang menimpa dirinya ketika menyertai misi bantuan Global Sumud Flotilla (GSF) ke Gaza menaiki kapal Mikeno, termasuk detik kapal itu ‘hilang’ selama 15 jam, pengalaman dipaksa membuka hijab serta misteri sel penjara yang didudukinya.
Ardell menceritakan semula pengalaman getirnya sepanjang misi tersebut termasuklah berdepan ancaman ‘water canon’, kepungan pihak penceroboh terhadap Mikeno dan tekanan mental yang terpaksa dihadapinya ketika dalam tahanan.
Kapal Mikeno ‘hilang’ 15 jam
Menurut Ardell, dia sendiri tidak menyedari kapal Mikeno dikatakan hilang daripada radar selama 15 jam sehingga dimaklumkan oleh anggota SNCC (Student Nonviolent Coordinating Committee) sebaik mereka tiba di Turki.
Jelasnya, insiden itu berlaku selepas kapal mereka pertama kali diserang dengan water canon sehinggalah kapten kapal mengarahkan agar Gamin tracker dimatikan, menyebabkan kapal Mikeno tidak dapat dikesan buat sementara waktu.
“Sejujurnya saya sendiri tak tahu yang kapal Mikeno ni hilang selama 15 jam. Lepas sampai dekat Turki orang SNCC (Student Nonviolent Coordinating Committee) peluk saya dan tanya kemana saya pergi sebab dah hilang 15 jam.
“Sebenarnya masa pertama kali saya kena water canon yang pertama tu, saya ingatkan saya antara yang awal kena intercepttapi rupanya first water canon itu lepastu mereka pergi. seolah-olah mereka tak nampak kapal kami. Masa tu, kapten saya cakap off Gamin tracker kemudian kami terus keluar dari kepungan.
“Sebab tu mereka tak nampak yang kapal Mikeno pihak penceroboh tak nampak. Tapi masa berlayar tu hingga ke titik terkahir, ingatkan tak ada lah pihak penceroboh nampak tapi mereka memang kejar dan kepung kami. Lepastu, dia tembak water canon selama dua jam tanpa henti,” katanya.
Dipaksa ‘Free Hair’
Ardell turut mendedahkan pengalaman paling memeritkan apabila tahanan wanita termasuk dirinya dipaksa membuka tudung ketika melalui proses pemeriksaan.
Menurutnya, orang pertama dilihatnya ketika masuk selepas pemeriksaan ialah Farah Lee, yang ketika itu juga dalam keadaan free hair. Kemudian Zizi Kirana dan akhir sekali adalah dirinya.
Meskipun berat hati, mereka terpaksa akur dan mematuhi arahan pihak penceroboh demi keselamatan masing-masing.
“Selepas pemeriksaan badan, mereka akan bagi baju penjara. Masa tu mana perempuan yang berhijab kena buka tudung. Masa saya masuk tu, orang pertama yang saya nampak adalah Kak Farah Lee. Masa tu saya nampak dia free hair. Jadi masa tu saya, Kak Zizi dan Farah Lee.
“Lepastu, saya cakap dekat Zizi, ‘Kak, kena free hari ni? Macam mana?’. Then, Zizi pujuk sambil kata ‘Tak apa, apa yang mereka buat ni Allah nampak. Menjawab lah mereka nanti dekat Allah,”. Iyalah sebab masa tu ada orang lelaki.
“Masa nama Zizi dipanggil, dan masa tu dia keluar pun dalam keadaan free hair. Dia pandang saya dalam kandang tucuba bagi signal mata kata “it’s okay”… Kemudian giliran saya pula.
“Masa dah masuk dalam penjara tu, Zizi jerit nama saya kemudian minta saya jadikan t shirt putih sebagai hijab sepertimana yang anda semua nampak,” jelasnya.
Cium bau bangkai setiap pukul 3 pagi
Lebih mengejutkan, Ardell berkata, bahagian paling misteri sepanjang tahanan ialah keadaan sel 12 yang didudukinya.
Ini kerana, selain mereka bertiga, sel tersebut turut dipenuhi wayar dari pelbagai arah termasuklah mengeluarkan bau busuk seperti bangkai setiap pukul tiga pagi.
“Bilik saya nombor 12 ni dari hari pertama saya dan Kak Zizi masuk kami tertanya-tanya kenapa bilik lain semau tahanan dan penuh dan padat tapi sel 12 ni hanya kami bertiga sahaja.
“Malah sel 13 pun yang saya masuk tak sama dengan sel 12. Tak banyak wayar. Sel 12 ni, memang penuh wayar, macam sesuatu.
“Dan, tiap pukul 3 pagi je akan ada bau bangkai. Dan, saya memang tak boleh tidur samapai saya berdoa untuk Allah beri mimpi penyiksaan rakyat Palestin. Tapi memang, dia ada aura lain,” kongsinya.
Sumber: TikTok, Youtube




