Sisa buangan industri punca kematian 17 lembu di Tronoh Baru

Sisa buangan industri punca kematian 17 lembu di Tronoh Baru

am@hmetro.com.my

Ipoh: Sampel bahan kimia yang dipercayai menjadi punca kematian 17 lembu di Taman Tronoh Baru pada 5 November lalu disahkan sebagai sisa buangan industri yang dipercayai dibawa dari luar Perak.

Exco Sains, Alam Sekitar dan Teknologi Hijau Perak, Teh Kok Lim berkata, pencemaran itu terhasil daripada sisa buangan industri yang tidak sepatutnya dibuang di kawasan lapang tanpa melalui sistem penapis yang sepatutnya.

“JAS masih melakukan siasatan untuk mendapatkan sumber asal bahan pencemaran itu dan ambil tindakan tegas,” katanya ketika ditemui selepas menyempurnakan Majlis Anugerah Inovasi Peringkat Perak 2025 di Dewan Bankuet Bangunan Perak Darul Ridzuan, di sini hari ini.

Hadir sama Timbalan Setiausaha Kerajaan negeri (Pengurusan), Datuk Nor Sham Rahman.

Terdahulu, media melaporkan penternak di Taman Tronoh Baru, Batu Gajah, R. Nithiananthan, 38, kerugian RM50,000 apabila 17 lembu ternakannya mati dipercayai akibat termakan rumput yang sudah tercemar dengan bahan kimia berbahaya.

© New Straits Times Press (M) Bhd

Scroll to Top