FIFA Arah FAM Cari Dalang Sebenar Berhubung Pemalsuan Dokumen

FIFA Arah FAM Cari Dalang Sebenar Berhubung Pemalsuan Dokumen

Oh! Arena

FIFA arah FAM jalankan dua siasatan dalaman berhubung isu pemalsuan dokumen.


Macam ada sesuatu yang serius sedang berlaku dalam dunia bola sepak negara bila FIFA sendiri mengarahkan FAM menjalankan dua siasatan dalaman secara terperinci.

Semuanya didedahkan menerusi alasan bertulis penuh atau motivated decision setebal 64 muka surat yang dikeluarkan awal pagi tadi. Dalam dokumen itu, FIFA mahu isu pemalsuan dokumen tujuh pemain serta pentadbiran sekretariat FAM disiasat segera.

Fokus siasatan pemalsuan dokumen…

Fam Harimau Malaya

FIFA mengarahkan Sekretariat FAM melancarkan siasatan formal terhadap operasi dalaman badan itu bagi mengenal pasti individu yang bertanggungjawab memalsukan dokumen pemain terbabit.

Siasatan ini juga perlu menilai tahap pematuhan dan tadbir urus dalaman FAM serta menentukan jika ada tindakan tatatertib tambahan terhadap pegawai tertentu.

Apa yang lebih mengejutkan, siasatan turut perlu memberi perhatian kepada peranan Setiausaha Agung FAM serta dua ejen berlesen FIFA iaitu Nicolás Puppo dan Frederico Moraes. Nama kedua dua individu ini disebut secara khusus selepas penglibatan mereka menimbulkan keraguan yang dianggap serius oleh FIFA.

Siasatan penggunaan pemain tidak layak…

Selain itu, FIFA turut mengarahkan satu lagi siasatan berasingan melibatkan penggunaan pemain tidak layak dalam tiga aksi persahabatan yang dirujuk dalam prosiding berkenaan.

Siasatan ini bertujuan mengenal pasti bagaimana situasi tersebut boleh berlaku dan sama ada hukuman tambahan akan dikenakan.

Hukuman kekal ke atas tujuh pemain…

Sebelum ini, FAM memohon alasan bertulis penuh selepas Jawatankuasa Rayuan FIFA mengekalkan hukuman ke atas tujuh pemain negara. FAM juga diarahkan membayar denda sebanyak CHF350000 bersamaan kira kira RM1.9 juta manakala tujuh pemain iaitu Gabriel Palmero, Facundo Garces, Rodrigo Holgado, Imanol Machuca, Joao Figueiredo, Jon Irazwbal dan Hector Hevel dikenakan denda CHF2000 atau lebih kurang RM10000 serta digantung 12 bulan daripada semua aktiviti bola sepak.

Pssttt! Dalam dunia sukan, integriti bukan sekadar slogan. Bila dokumen pun boleh jadi isu, masa depan pemain dan nama negara boleh terjejas. Jadi, apa juga jawatan atau kepentingan, kejujuran tetap paling utama. Korang fikir macam mana?

Kredit: Harian Metro
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.

** Selain dari Whatsapp Channel, dapatkan kemaskini Oh! Media setiap hari terus ke emel melalui langganan percuma di bawah.

author avatar

Hafizal adalah penulis sepenuh masa di Oh! Media yang sentiasa hadir menemani anda, terutama di saat-saat lewat malam. Untuk mendapatkan berita terkini dan cerita viral, jangan lupa cari nama Hafizal—sentiasa ada untuk menghibur dan menginformasikan anda!

Scroll to Top