“Ingat! Uqasha Masih Isteri Orang, Saya Suami Dia Yang Sah”

“Ingat! Uqasha Masih Isteri Orang, Saya Suami Dia Yang Sah”

Pelakon Kamal Adli menitipkan pesanan kepada mana-mana individu yang cuba mendekati isterinya, Uqasha Senrose.

Memetik Astro Gempak, Kamal mengingatkan bahawa dia dan Uqasha masih lagi suami isteri yang sah namun dia bukan bercakap mengenai keluarga isterinya.

BACA: “Saya Akan Fight Sampai Allah Kata Sudah La Kamal” 

“Saya sebagai suami, saya hanya nak pesan bukan orang luar la, bukan keluarga dia, tapi untuk orang yang cuba rapat dengan isteri saya ke… just ingat ya, Uqasha itu masih lagi isteri orang yang sah ya, saya pula masih suami yang sah, wujud lagi ini.

“Jadi faham ya, dari segi hukum apa semua. Tak kisah siapa pun. Saya bukan cakap fasal keluarga dia,” katanya.

Bagaimanapun, Kamal menafikan dakwaan kononnya ada gangguan daripada pihak ketiga sebaliknya hanya menitipkan pesanan.

“Eh tak, bukan (orang ketiga). Tak ada. Saya tak cakap macam tu. Saya hanya nak pesan, beritahu  benda ni pentinglah dari segi hukum. Dan masih lagi suami dan isteri yang sah. Itu saja, tak cakap apa pun,” katanya.

Sumber: Astro Gempak


Scroll to Top