Pelakon Azhar Sulaiman mencuri perhatian warganet apabila membuat kenyataan bersahaja mengenai pelakon Kamal Adli, susulan kemelut rumah tangganya bersama isteri yang juga aktres, Uqasha Senrose.
Menerusi komen balas yang ditinggalkan pada sebuah portal hiburan, Azhar atau lebih mesra dipanggil Behar, mendoakan agar Kamal memperoleh rezeki dan nasib baik selepas melalui fasa sukar dalam hidupnya sama seperti pelakon Fattah Amin.
“Okaylah, dengan ini Behar sumpah Kamal Adli agar menadpat nasib yang baik seperti Fattah selepas bercerai. Aamiin,” katanya.

Kenyataannya itu menerima pelbagai reaksi dalam kalangan warganet yang turut memberikan sokongan moral kepada Kamal.
Malah, rata-rata warganet turut menyuarakan harapan agar Kamal kembali bangkit serta dipermudahkan segala urusan kehidupan.



Terdahulu, permohonan cerai terhadap Kamal telah difailkan pada 1 Oktober lalu di Mahkamah Rendah Syariah Kuala Lumpur atas alasan tiada persefahaman dan masalah rumah tangga yang berlaku sejak April 2025.
Difahamkan, pasangan itu juga tidak lagi tinggal sebumbung dan Uqasha kini menetap bersama ibunya.
Dalam prosiding Rabu, kedua-dua pihak selesai melantik jawatankuasa pendamai masing-masing seperti diarahkan mahkamah, dengan tarikh prosiding seterusnya ditetapkan pada 18 Disember ini.
Untuk rekod, pasangan ini berkahwin pada 4 November 2021 dalam majlis tertutup di Janda Baik, Pahang, dan dikurniakan seorang cahaya mata perempuan.
ARTIKEL BERKAITAN:Kamal Adli Curi Perhatian, Kongsi Momen Bersama Uqasha Senrose & Anak
ARTIKEL BERKAITAN:“Sebagai Umat Islam, Jangan Campur Urusan Rumah Tangga Orang” – Fazura Doa Yang Terbaik Buat Uqasha Senrose & Kamal Adli
ARTIKEL BERKAITAN:“Anda Semua Memang Sweet” – Kamal Adli Hargai Usaha Netizen Pujuk Uqasha Senrose
ARTIKEL BERKAITAN:Netizen Sepakat Banjiri Ruangan Komen Uqasha Senrose, ‘Bantu’ Kamal Adli Pujuk Isteri – “Dia Sayang Awak, Jangan Cerai…”
ARTIKEL BERKAITAN:“Saya Ada Di Sini Sebab Cinta, Bukan Benci” – Kamal Adli Rayu Uqasha Senrose Selesai Cara Baik




