“Maafkan Mama” – Bayi Meninggal Dunia Selepas Dilahirkan Songsang Di Rumah

“Maafkan Mama” – Bayi Meninggal Dunia Selepas Dilahirkan Songsang Di Rumah

Trending

Si ibu menangis di pusara anak yang meninggal dunia ketika dilahirkan.


Kegembiraan sepasang suami isteri yang menantikan kehadiran cahaya mata sulung bertukar menjadi detik pilu apabila bayi meninggal dunia selepas dilahirkan dalam keadaan songsang di bilik air rumah mereka di Puncak Alam pada 19 November lalu.

Memetik perkongsian di Facebook Mr Wan Cai Official, kejadian berlaku sekitar jam 5.40 petang apabila si ibu yang sedang berehat tiba-tiba mengadu sakit perut seperti tanda mahu bersalin.

Isteri tiba-tiba sakit perut mahu bersalin

Bersalin

Suami yang panik segera menghubungi talian kecemasan 999, namun panggilan pertama tidak berjawab.

Dalam kesakitan yang semakin memuncak, si isteri menuju ke bilik air, manakala suaminya terus mencuba menghubungi talian kecemasan.

Beberapa minit kemudian, panggilan akhirnya dijawab namun talian terputus. Bimbang keadaan isterinya, si suami bergegas ke bilik air dan mendapati isterinya sudah terbaring di lantai.

Sementara bayi mereka telah keluar dari bahagian kaki hingga ke paras leher dalam keadaan songsang.

Suami cuba menenangkan isterinya dan memegang tubuh bayi yang masih tersangkut di rahim, namun tidak berani menariknya keluar.

Dalam kesakitan dan kelemahan, si ibu tetap berusaha meneran berulang kali sehingga akhirnya kepala bayi berjaya dilahirkan sepenuhnya.

Bayi songsang meninggal dunia kerana lemas

Bayi

Tidak lama kemudian, talian kecemasan berjaya dihubungi semula dan operator perubatan membimbing si suami melakukan CPR terhadap bayi.

Namun, bayi yang diletakkan di pangkuan ibunya tidak menunjukkan sebarang tindak balas. Pegawai perubatan yang tiba di lokasi kemudian mengesahkan bayi tersebut telah meninggal dunia.

Ibu dan bayi berkenaan dibawa ke Hospital UiTM Puncak Alam untuk tindakan lanjut termasuk proses bedah siasat.

Jasad bayi yang diberi nama Muhammad Amir Faris kemudian dibawa ke Bilik Wakaf Jannatul Firdaus sebelum dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Selat Klang selepas solat Zuhur.

Suasana pilu menyelubungi pengurusan jenazah apabila si bapa sendiri diberi peluang memandikan anaknya. Beliau dilihat beberapa kali menitiskan air mata mengenang kehilangan anak yang dinanti.

Perkongsian penuh:

Pssttt! Semoga pasangan ini diberi kekuatan dan ketenangan dalam menghadapi kehilangan yang amat menyayat hati ini.

Kredit: Facebook Mr Wan Cai Official
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.

** Selain dari Whatsapp Channel, dapatkan kemaskini Oh! Media setiap hari terus ke emel melalui langganan percuma di bawah.

author avatar

Arini, Editor-In-Chief di Oh! Media, merupakan penulis sepenuh masa yang pakar dalam menghasilkan artikel berkaitan isu viral dan trending di media sosial, memastikan pembaca sentiasa mendapat maklumat yang terkini dan menarik.

Scroll to Top