Canon Nak Hadiahkan Tesla Model 3, iPhone 17 Pro & Banyak Lagi Menerusi Drive Your Dream, Ini Yang Korang Perlu Tahu! | Branded – Oh! Media

Canon Nak Hadiahkan Tesla Model 3, iPhone 17 Pro & Banyak Lagi Menerusi Drive Your Dream, Ini Yang Korang Perlu Tahu! | Branded – Oh! Media

Siapa yang obses dengan fotografi dan videografi, kami yakin selain daripada storyline, kualiti gambar dan video pun sangat penting dalam menyerlahkan sisi kreativiti korang betul tak? 

Jadi, kalau korang jenis sanggup melabur untuk gear kamera yang padu, teruskan membaca sebab Canon Malaysia nak bagi ganjaran setimpal dengan minat dan pelaburan korang tau.

Baru-baru ni Canon Malaysia melancarkan kempen ‘Drive Your Dream’, yang bukan saja menawarkan lanjutan jaminan, tapi juga peluang untuk korang memenangi hadiah-hadiah lumayan. Seriuslah?!

Upgrade Kamera & Peluang Menang Ganjaran Bernilai Sehingga RM300,000!

Bukan sekadar promosi biasa, ‘Drive Your Dream’ adalah peluang life-changing untuk korang terus bersemangat menghasilkan kandungan yang lebih kreatif pada masa depan. 

Antara hadiah lumayan yang bakal jadi milik korang adalah: 

Hadiah Utama: Tesla Model 3

Hadiah Pertama: EOS R5 Mark II (RF24-105mm F4L IS USM)

Hadiah Kedua: RF24-105mm F2.8L IS USM Z

Hadiah Ketiga: EOS R7 (RF-S18-150mm F3.5-6.3 IS STM)

Paling best, kalau korang beli produk Canon terpilih, korang akan dapat Waranti Tambahan 1 Tahun untuk produk terpilih, di samping waranti sedia ada iaitu 1+2 Tahun. Wow!

Tak cukup dengan itu, korang juga berpeluang untuk memenangi hadiah bulanan yang cukup berbaloi seperti kamera Canon top–tier dan iPhone 17 Pro! 

Dengan kesemua hadiah-hadiah lumayan ini, kami yakin bukan setakat idea dan kreativiti saja yang terserlah, malah kualiti kandungan yang korang hasilkan pun akan tampak lebih padu!

Apa Yang Perlu Dibuat Kalau Nak Menang Hadiah-Hadiah Lumayan Ini?

Haa, kalau korang nak menang, kenalah sertai kempen ‘Drive Your Dream’ dengan mengikuti langkah-langkah mudah di bawah: 

Langkah 1: beli mana-mana produk Canon yang mengambil bahagian dari pengedar sah

Langkah 2: daftar jaminan produk dan muat naik resit pembelian di laman web rasmi

Langkah 3: jawab soalan ringkas yang akan diajukan

Senangkan? Tempoh kempen ini berlangsung bermula sekarang sehingga 31 Januari 2026.

Jadi, jangan lepaskan peluang keemasan ini sekarang dan dapatkan produk Canon hari ini, dan korang mungkin akan terpilih sebagai salah seorang pemenang bertuah! 

Untuk maklumat lanjut, layari laman web rasmi Canon, atau ikuti media sosial di Facebook dan Instagram.

author avatar

Zakwan kini memfokuskan tugasan penulisan artikel pemasaran di Oh! Media, menghasilkan kandungan yang informatif dan relevan untuk menyokong strategi pemasaran yang berkesan.

Scroll to Top