Netizen Seloroh Minta Sharnaaz Ahmad Selaku Presiden Duda Malaya Serap Kamal Adli Jadi ‘Ahli Baru’, Ini Respons Empunya Badan – “Belum Official Lagi”

Netizen Seloroh Minta Sharnaaz Ahmad Selaku Presiden Duda Malaya Serap Kamal Adli Jadi ‘Ahli Baru’, Ini Respons Empunya Badan – “Belum Official Lagi”

Pelakon popular, Sharnaaz Ahmad sekali lagi menyorot tumpuan warganet apabila namanya sekali lagi dipetik dan  dikaitkan dengan isu rumah tangga pasangan pelakon, Kamal Adli dan Uqasha Senrose yang kini hangat diperkatakan.

Menerusi perkongsian tular di Threads,  peminat berseloroh meminta Sharnaaz selaku Presiden Duda Malaya supaya ‘mengambil’ Kamal sebagai ahli baharu dalam ‘kumpulan’ yang sering dijadikan bahan gurauan warganet setiap kali isu perkahwinan selebriti dibangkitkan.

Sedar dengan komen-komen yang diberikan peminat, bintang utama filem Blood Brothers: Bara Naga itu tampil memberikan respons.

“Belum, masih tempoh pemerhatian.  Belum official lagi,” balasnya.

Meskipun Sharnaaz tidak memberikan ulasan lanjut, namun kenyataannya itu cukup untuk menghiburkan ramai pihak yang mengikuti perkembangan isu tersebut.

Sekadar info, Uqasha sebelum ini memfailkan permohonan cerai terhadap Kamal Adli mengikut Seksyen 47 Akta Undang-Undang Keluarga Islam pada 1 Oktober lalu dengan alasan tiada persefahaman.

Pasangan ini mendirikan rumah tangga pada 5 November 2021 dan dikurniakan seorang cahaya mata, Hawra Uqaira, 18 bulan.

ARTIKEL BERKAITAN:5 Tahun Solo, Sharnaaz Ahmad Kekal Dengan Gelaran Presiden Duda – “Biarlah Jodoh Itu Datang Sendiri”

ARTIKEL BERKAITAN:[VIDEO] “Aku Boleh Bagi Rasa Sayang Sepenuhnya, Tapi Wanita Itu Perlu Hormat Aku 100%” – Sharnaaz Ahmad Anggap ‘Content’ Lelaki Takut Isteri Memalukan

ARTIKEL BERKAITAN:[VIDEO] “Apa Yang Dia Cakap Tu Banyak Betul, Kasar Tapi Ada Isi” – Sharnaaz Ahmad Akui DMA Islam Bijak Cuma Kurang Ajar

ARTIKEL BERKAITAN:Kamal Adli Curi Perhatian, Kongsi Momen Bersama Uqasha Senrose & Anak 

ARTIKEL BERKAITAN:“Saya Ada Di Sini Sebab Cinta, Bukan Benci” – Kamal Adli Rayu Uqasha Senrose Selesai Cara Baik

Scroll to Top