Sharifah Sakinah Cari Tukang Urut Tak Banyak Cakap, Netizen Saran Dapatkan Khidmat Di Penjara Kajang – “Murah & Berbaloi”

Sharifah Sakinah Cari Tukang Urut Tak Banyak Cakap, Netizen Saran Dapatkan Khidmat Di Penjara Kajang – “Murah & Berbaloi”

Pelakon Sharifah Sakinah mencuri perhatian warganet apabila meluahkan keinginannya untuk mencari tukang urut yang tidak banyak bercakap sepanjang sesi rawatan dijalankan.

Menerusi perkonsgia di Threads, Sakinah berkata, dia hanya mahukan sesi urutan yang ringkas, profesional dan bebas daripada ‘ceramah percuma’.

“Sedang mencari tukang urut yang tak banyak cakap. Bila urut tak banyak keluar angin, sendawa depan muka saya.

“Urut, payment, balik. Tak nak sesi sharing apa-apa topik.

“Urut je, jangan kata pegang sini ada penyakit ini, penyakit itu. Jangan terpaling doktor dan bomoh,” katanya.

Meksipun berseloroh, hantaran berkenaan mengundang pelbagai reaksi dalam kalangan warganet yang rata-ratanya bersetuju dengan luahan peribadi Sakinah.

Bahkan, terdapat segelintir peminat meninggalkan komen sekali gus mencadangkan agar Sakinah mendapatkan khidmat urutan di Penjara Kajang.

Ini kerana, selain harga yang murah perkhidmatan di sana juga amat memuaskan.

Scroll to Top