Mangsa banjir di Kelantan terus meningkat cecah 1,599 orang, libatkan 648 keluarga

Mangsa banjir di Kelantan terus meningkat cecah 1,599 orang, libatkan 648 keluarga

nfazlina@nstp.com.my

Kota Bharu : Banjir di Kelantan terus meningkat kepada 1,599 mangsa setakat jam 8 pagi ini berbanding malam tadi hanya 836 mangsa.

Kesemua mangsa membabitkan 648 keluarga itu kini berlindung di 12 pusat pemindahan sementara (PPS) di tiga daerah.

Setakat pagi ini, tiga daerah kekal dilanda banjir iaitu Bachok, Kota Bharu dan Tumpat.

Tumpat merekodkan mangsa paling ramai iaitu 629 orang daripada 267 keluarga di dua PPS, manakala Bachok merekodkan 562 mangsa daripada 174 keluarga yang berada di tiga PPS.

Sementara itu, Kota Bharu mencatatkan 402 mangsa daripada 190 keluarga yang ditempatkan di tujuh PPS.

© New Straits Times Press (M) Bhd

Scroll to Top