nfazlina@nstp.com.my
Kota Bharu : Mangsa banjir di Kelantan terus meningkat kepada 5,226 orang sehingga jam 3 petang tadi.
Kesemua mangsa membabitkan 1,946 keluarga itu kini berlindung di 26 pusat pemindahan sementara (PPS) di empat daerah.
Berdasarkan Info Bencana Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), Tumpat merekodkan mangsa paling ramai iaitu 2,733 mangsa daripada 1,136 keluarga.
Manakala Kota Bharu merekodkan 1,305 mangsa daripada 461 keluarga diikuti Bachok 1,141 mangsa daripada 337 keluarga.
Selain itu, Pasir Puteh merekodkan 47 mangsa daripada 13 keluarga.
© New Straits Times Press (M) Bhd




