Kelantan pastikan keperluan mangsa banjir disalur segera

Kelantan pastikan keperluan mangsa banjir disalur segera

nfazlina@nstp.com.my

Kota Bharu: Kerajaan Kelantan bersama agensi negeri dan Persekutuan akan memastikan keselamatan, kebajikan serta bantuan untuk mangsa banjir dapat disalurkan dengan segera.

Menteri Besar Datuk Mohd Nassuruddin Daud turut merayu kepada seluruh penduduk agar sentiasa berwaspada, berpindah lebih awal jika diarahkan dan memberi kerjasama demi keselamatan bersama.

“Melihat rakyat terpaksa meninggalkan rumah akibat banjir yang bermula semalam, benar-benar meruntun jiwa.

“Seusai mesyuarat hari ini, saya bersama pegawai terus menziarahi mangsa banjir di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) Sekolah Kebangsaan (SK) Pauh Sembilan, sebelum meneruskan lawatan ke SK Tapang dan Pengkalan Kubor.

“Saya juga mendengar taklimat daripada Ketua Jajahan mengenai perkembangan terkini mangsa banjir dan kemudahan-kemudahan yang disediakan bagi memastikan kebajikan serta bantuan kepada mangsa dapat disegerakan,” katanya menerusi Facebook.

Beliau turut meminta semua berdoa mohon kepada Allah diangkat ujian dan mengurniakan kesejahteraan buat negeri Kelantan.

© New Straits Times Press (M) Bhd

Scroll to Top