Siti Nurhaliza Usik Hael Husaini – “Tak Sabar Nak Nyanyi Masa Awak Bersanding”

Siti Nurhaliza Usik Hael Husaini – “Tak Sabar Nak Nyanyi Masa Awak Bersanding”

Biduanita Negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza mencuri tumpuan apabila secara spontan mengusik penyanyi, Hael Husaini yang dipercayai bakal menamatkan zaman bujang dalam masa terdekat.

Menerusi sebuah video siaran langsung tular di platform TikTok, Siti meninggalkan komen dalam sesi ‘live’ itu menyatakan beliau tidak sabar mahu menyanyi ketika di majlis persandingan Hael nanti.

“Tak sabar Kak Iti (panggilan Siti) nak nyanyi masa Hael Bersanding.

“Kak Iti dah ada bantal peluk, awak bila lagi?,” usiknya.

Hael yang seakan tidak senang duduk itu turut berseloroh menghubungi anak Siti, iaitu Afwa untuk mengambil telefon ibunya itu.

“Afwa, tolong rampas handphone mak. Aneh-aneh mak malam ni. Sorok bawah katil,” katanya.

@anistaqwa

#haelhusaini #tokti

♬ original sound – Anistaqwa – Anistaqwa

Terdahulu, timbul desas-desus mengatakan pemenang Anugerah Juara Lagu Ke-32 ini sedang menjalin hubungan cinta dengan rakan duetnya dan dilaporkan bakal menamatkan zaman solo dalam masa terdekat.

Artikel Berkaitan: Hael Husaini Kini Bahagia, Bakal Tamat Zaman Bujang Dalam Masa Terdekat

Artikel Berkaitan: “Bukan Dari Saya…” – Hael Husaini Nafi Sudah Bertunang Dengan Dayang Nurfaizah

Artikel Berkaitan: Dayang Nurfaizah Terus Berteka-Teki Identiti Jejaka Di Hati, Akui Tak Sabar Menanti Tarikh Istimewa

Scroll to Top