Pelakon, Que Haidar enggan mengambil pusiing terhadap kritikan segelintir pihak yang mengecam tindakannya menayang tubuh badan.
Menerusi sesi siaran langsung di TikTok, Que atau nama sebenarnya, Tengku Ishkan Sha Tengku Haidar, 46, berpendapat mereka yang telah lama terbabit dalam membina tubuh badan ini seharusnya memberi dorongan, bukan sebaliknya.
“Kalau nampak orang tengah berusaha, beri semangat… bukan kecam.
“Saya baru tiga bulan buat badan, memang rasa ‘nak mampos’ penatnya. Tapi tiba-tiba ada pula orang tegur, kata ‘budak-budak baru nak up (BBNU), buat badan dah berlagak tunjuk’.
“Saya tunjuk sebab saya bangga dengan usaha sendiri. Sepatutnya yang dah lama dalam bidang ni bagi sokongan, bukan terus potong semangat. Tak sihat kalau budaya macam tu diteruskan,” katanya.

Bintang filem Lagenda Budak Setan itu menambah, dia lebih fokus kepada perjalanan diri sendiri dan tidak mahu terlalu dipengaruhi reaksi negatif orang lain.
“Saya pilih untuk sentiasa berfikiran positif. Kalau tak, kita mudah hanyut dengan perasaan yang tak membahagiakan dan akhirnya tak ke mana.
“Lebih baik berdamai dengan takdir, percaya aturan Allah dan teruskan hidup sambil bekerja keras… daripada melayan perasaan yang tak perlu,” katanya lagi.
Kredit video: YouTube




