Pelakon popular, Anzalna Nasir, mencuri perhatian ramai apabila berkongsi rasa terharu dan bersyukur terhadap suami tercinta, Hanif Zaki, yang menjaga pandangan mata ketika berada di hadapan wanita lain.
Menerusi perkongsian di Instagram Story (IGs), Anzalna atau nama penuhnya Nur Anzalna Md. Nasir, 37, memuat naik video suaminya menunduk sambil bermain telefon, walaupun di hadapannya terdapat wanita cantik daripada Miss Universe dalam satu acara jenama ternama.
“Alhamdulillah, suami jaga pandangan mata. Nilai seorang lelaki sebenar bukan dari duit semata-mata, tapi dari akhlak, kesetiaan dan hormatnya.
“Duit itu penting, tapi budi pekerti lebih utama,” katanya.
Dalam pada itu, Anzalna turut berseloroh mengusik Hanif kerana tidak menatap wanita-wanita cantik itu.
“Cantik-cantik Miss Universe depan mata kami, tapi Hanif Zaki asyik pandang bawah je. Tak sakit tengkuk ke? Takut dengan Eidress ke?,” katanya mengusik suami tersayang.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen memuji kesetiaan dan adab Hanif menjaga hati isteri.




