12 Konsesi Lebuh Raya Rugi, 15 Lagi Catat Untung Tahun 2024

12 Konsesi Lebuh Raya Rugi, 15 Lagi Catat Untung Tahun 2024

Oh! Negara

12 konsesi lebuh raya rugi tetapi 15 lagi masih catat keuntungan tahun 2024


Laporan kewangan terkini bagi tahun 2024 tunjukkan situasi yang agak berbeza untuk syarikat konsesi lebuh raya di Malaysia. Ada yang terpaksa tanggung kerugian, ada pula yang masih kukuh dengan jumlah trafik tinggi dan keuntungan stabil.

Perkara ini dijelaskan sendiri oleh Timbalan Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Dr Ahmad Maslan ketika menjawab soalan di Parlimen.

Sebahagian konsesi alami kerugian…

Sebanyak 12 syarikat pemegang konsesi lebuh raya dilaporkan rugi. Antara yang terlibat ialah Lebuhraya Kuala Lumpur Putrajaya MEX, KLK dan LPT1 di bawah ANIH Berhad serta Lebuhraya Kemuning Shah Alam LKSA.

Turut mencatat kerugian ialah DASH, Senai Desaru SDE, SKVE, SPE, LEKAS dan SUKE. Senarai tersebut turut melibatkan Terowong SMART, Lebuhraya Pesisiran Pantai Barat WCE dan Lebuhraya Lingkaran Luar Butterworth LLB.

Dalam masa sama, 15 konsesi lain untung…

Ahmad memaklumkan bahawa 15 syarikat konsesi lain masih mencatatkan keuntungan. PLUS antara yang paling kukuh dengan pengendalian Lebuhraya Utara Selatan, ELITE, BKE, SPDH, LINKEDUA dan Jambatan Pulau Pinang JPP.

Selain itu, LPT2, BESRAYA, GCE, GRANDSAGA dan GRAND SEPADU turut berada dalam kategori untung. Lebuhraya seperti AKLEH, LATAR, SPRINT, NPE, LDP, KESAS, DUKE, SILK dan Jambatan Kedua Pulau Pinang juga mencatatkan prestasi positif.

Kerajaan ingatkan risiko bina lebuh raya baharu

Menurut Ahmad, mana-mana cadangan lebuh raya baharu perlu menilai potensi trafik dan keuntungan supaya tidak membebankan kerajaan. Beliau memberi contoh cadangan LPT3 antara Kuala Terengganu dan Kota Bharu yang dianggarkan tol RM70 dengan kos pembinaan RM10 bilion.

Katanya, jika trafik tidak mencukupi, projek sebegini mungkin tidak mendatangkan keuntungan dan akhirnya menyusahkan kerajaan apabila perlu mengambil alih.

Pssttt! Tak semua lebuh raya mampu jana pulangan tinggi walaupun trafik nampak sibuk. Sebelum kita minta lebuh raya baharu dibina, elok fikir juga sama ada ia benar-benar beri manfaat atau sekadar tambah beban jangka panjang kepada negara. Korang pun mesti nak perjalanan lancar tanpa kos tak masuk akal, kan?

Kredit: Harian Metro
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.

** Selain dari Whatsapp Channel, dapatkan kemaskini Oh! Media setiap hari terus ke emel melalui langganan percuma di bawah.

author avatar

Hafizal adalah penulis sepenuh masa di Oh! Media yang sentiasa hadir menemani anda, terutama di saat-saat lewat malam. Untuk mendapatkan berita terkini dan cerita viral, jangan lupa cari nama Hafizal—sentiasa ada untuk menghibur dan menginformasikan anda!

Scroll to Top