Pekerja kedai runcit kerugian RM3,800 diacukan pistol, pisau

Pekerja kedai runcit kerugian RM3,800 diacukan pistol, pisau

nfazlina@nstp.com.my

Bachok: Polis memburu tiga lelaki yang mendalangi kegiatan samun bersenjata di sebuah kedai runcit di Kampung Tekor Ayer Merah, di sini, malam tadi.

Dalam kejadian jam 10.30 malam itu, suspek yang memakai penutup muka dikatakan masuk ke premis berkenaan sebelum mengacukan senjata menyerupai pistol dan sebilah pisau terhadap pekerja kedai.

Ketua Polis Daerah Bachok, Superintendan Mohamad Ismail Jamaluddin berkata, suspek kemudiannya meragut dua utas gelang tangan emas milik mangsa selain mengambil beberapa barangan termasuk rokok dan wang tunai RM600 di premis terbabit.

“Jumlah keseluruhan kerugian dianggarkan sekitar RM3,800. Susulan kejadian itu, polis kini menjalankan siasatan mengikut Seksyen 395 dan 397 Kanun Keseksaan.

“Usaha mengesan suspek sedang giat dijalankan oleh Bahagian Siasatan Jenayah IPD Bachok.

“Polis Daerah Bachok menyeru orang awam yang mempunyai sebarang maklumat berkaitan kejadian ini supaya menghubungi Bilik Gerakan IPD Bachok 09-778 8222 atau hadir ke mana-mana balai polis berhampiran,” katanya menerusi kenyataan media, hari ini.

© New Straits Times Press (M) Bhd

Scroll to Top