am@hmetro.com.my
Gua Musang: Jenazah wanita obesiti seberat 220 kilogram (kg) dibawa ke Hospital Gua Musang, di sini, dengan bantuan kira-kira 10 anggota bomba dan polis, semalam.
Komander Operasi, Penolong Bomba Kanan II Nik Mohd Fakri Md Nawi berkata, pihaknya menerima panggilan melalui panggilan telefon jam 8.47 malam menerusi Balai Bomba dan Penyelamat (BBM) Gua Musang yang meminta bantuan mengambil mayat.
Katanya, jentera BBP Gua Musang diarahkan ke lokasi kejadian untuk tindakan dan tiba pada jam 9.03 malam di rumah mangsa di Sungai Terah.
“Apabila tiba di lokasi, jenazah masih berada di dalam rumah dan dengan bantuan pihak polis dan bomba seramai kira-kira 10 orang, anggota membantu mengangkat jenazah menggunakan pengusung.
“Jenazah dibawa ke Hospital Gua Musang menggunakan pacuan empat roda milik Polis Diraja Malaysia (PDRM).
“Operasi terbabit tamat pada jam 9.30 malam dengan sembilan keanggotaan dan sebuah jentera,” katanya ketika dihubungi hari ini.
© New Straits Times Press (M) Bhd




