mhafis@mediaprima.com.my
Kajang: Polis memohon kerjasama orang ramai untuk menyalurkan maklumat berhubung kehilangan remaja perempuan, Nor Adlina Hassan, 16, sejak kelmarin.
Ketua Polis Daerah Kajang Asisten Komisioner Nazron Abdul Yusof berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kehilangan remaja itu pada 7.39 malam tadi.
Menurutnya, remaja terbabit disedari hilang pada 8 malam kelmarin di mana kali terakhir dilihat di kawasan Taman Dalma Semenyih, Semenyih.
“Dia berketinggian 160 sentimeter (cm), berat 40 kilogram (kg), berbadan kurus kecil dan mempunyai parut di pipi kanan serta parut di bawah kelopak mata kanan.
“Sehubungan itu, orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berkaitan individu terbabit dapat tampil ke mana-mana balai polis berdekatan atau terus menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kajang di talian 03-89114222, atau pegawai penyiasat, Inspektor Hafifi Noni di talian 01167793860,” katanya dalam kenyataan hari ini.
© New Straits Times Press (M) Bhd




