Oh! Artis
Fitri Haris dedah pernah kena ngorat ustaz dan Datuk, kaitkan dengan isu serbuan spa songsang yang tular.
Penangkapan 171 orang lelaki tempatan di sebuah pusat spa di Chow Kit, Kuala Lumpur baru-baru ini benar-benar mengejutkan ramai.
Mana tidaknya, antara yang kantoi dalam serbuan itu adalah penjawat awam dan golongan profesional.
BACA: 171 Lelaki Di Spa Chow Kit Dibebaskan, Ini Punca Sebenar Kenapa Mahkamah Tolak Permohonan Reman
Turut memberikan komen mengenai isu ini adalah penyanyi nasyid popular, Fitri Haris. Beliau tidak pelik langsung golongan berjawatan dan profesional turut terlibat kerana dia sendiri pernah ada pengalaman kena ‘ngorat’.
Fitri berkata dua pengalaman pelik itu masih segar dalam ingatan sampai hari ini, dan kalau diingat balik pun masih buat dia gelak sambil marah.
Ustaz tiba-tiba tanya “open minded tak?” sebelum hantar gambar tak sepatutnya
Kongsinya, pengalaman pertama melibatkan seorang ustaz yang tiba-tiba bertanya sama ada Fitri ‘open minded’ sebelum menghantar gambar lucah.
Fitri yang sangat terkejut mengaku macam kena siram air sejuk dan hanya mampu menjawab dengan sopan.
Pengalaman kedua pula melibatkan seorang Datuk yang setiap hari hantar mesej manja sebelum perlahan-lahan naik level jadi mesej pelik-pelik, lucah-lucah dan siap guna emoji yang Fitri sendiri tak pernah guna.
Akhirnya, Fitri block terus tanpa fikir panjang, namun sampai sekarang katanya masih menyesal.
Fitri berkata apabila melihat video serbuan lebih 100 lelaki dalam bilik tuala yang penuh aktiviti luar tabii, dia langsung tak pelik kalau ada yang ditahan itu datang daripada golongan berjawatan, berpangkat atau ‘berpengalaman manja-manja’.

Menurutnya, Islam telah jelas mengharamkan perbuatan itu dan Nabi sendiri mengakui ummat terdahulu dibinasakan kerana perbuatan tersebut. Fitri turut menegaskan dia sangat benci puak sebegini kerana apa yang berlaku kepadanya adalah satu bentuk gangguan peribadi.
Katanya, dia benci kerana perbuatan salah itu didukung oleh orang yang kononnya dianggap mulia dalam masyarakat. Fitri juga menyifatkan ia merosakkan nilai, maruah dan akhlak.
Apa yang paling Fitri benci ialah bila orang salah anggap diam itu tanda suka, sedangkan dia hanya menjaga adab.
Pssttt! Perkongsian Fitri Haris ini membuka satu sisi realiti yang ramai mungkin tak tahu; gangguan seksual boleh datang daripada siapa sahaja, termasuk golongan yang dianggap berilmu dan dihormati. Oh! Media rasa cerita ini wajar dijadikan peringatan bahawa imej luaran tidak menjamin akhlak seseorang. Benda salah tetap salah, tak kira darjat atau gelaran.
Kredit: Facebook Fitri Haris
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.
** Selain dari Whatsapp Channel, dapatkan kemaskini Oh! Media setiap hari terus ke emel melalui langganan percuma di bawah.
Arini, Editor-In-Chief di Oh! Media, merupakan penulis sepenuh masa yang pakar dalam menghasilkan artikel berkaitan isu viral dan trending di media sosial, memastikan pembaca sentiasa mendapat maklumat yang terkini dan menarik.




