Lelaki dilaporkan hilang hampir 2 minggu di Sungai Buloh

Lelaki dilaporkan hilang hampir 2 minggu di Sungai Buloh

am@hmetro.com.my

Sungai Buloh: Seorang lelaki berusia 44 tahun dilaporkan hilang selepas keluar dari rumahnya di sini, sejak 21 November lalu.

Ketua Polis Daerah Sungai Buloh, Superintendan Mohd Hafiz Muhammad Nor berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kehilangan K Maran daripada anak perempuannya yang berusia 22 tahun pada 10.25 malam, Ahad lalu.

Katanya, lelaki berkenaan dikatakan sudah keluar dari rumahnya sejak 10 pagi, 21 November lalu.

“Lokasinya di No 409 Blok D Jalan Fasa 2, Bandar Baru Sungai Buloh, di sini. Lelaki itu berketinggian kira 185 sentimeter (cm) dengan berat kira-kira 75 kilogram (kg), bermuka bujur dan ada kesan parut terbakar pada seluruh badan.

“Pakaian terakhirnya ialah kemeja-T lengan panjang berwarna hitam dan berseluar slack hitam serta memakai kasut berwarna coklat,” katanya dalam kenyataan di sini pada Selasa.

Beliau berkata, orang ramai yang menemui atau mempunyai sebarang maklumat berhubung lelaki berkenaan diminta menghubungi balai polis berhampiran atau Sarjan Mohamad Faisal Abdul Rahman di talian 011-13020013.

© New Straits Times Press (M) Bhd

Scroll to Top