Polis minta bantuan cari Jose Chan, hilang sejak 28 November

Polis minta bantuan cari Jose Chan, hilang sejak 28 November

am@hmetro.com.my

Kajang: Remaja lelaki dilaporkan hilang selepas kali terakhir dilihat di No.9 Jalan Bayu Height 2, Taman Bayu Height di Seri Kembangan sejak 28 November lalu.

Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Naazron Abdul Yusof berkata, pihaknya menerima laporan kehilangan Jose Chan Huo Yuan, 15, pada 12.19 tengah hari, hari ini.

Katanya, remaja lelaki berkenaan dilaporkan hilang sejak 9.16 pagi pada 28 November lalu.

“Remaja berkenaan berketinggian kira-kira 170 sentimeter (cm) dengan berat badan 70 kilogram (kg), berbadan kulit cerah dan memakai cermin mata.

“Susulan itu, orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berhubung individu berkenaan diminta memberi menyalurkannya kepada mana-mana balai polis berhampiran atau menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kajang di talian 03-89114222.

“Maklumat juga boleh disalurkan kepada pegawai penyiasat, Inspektor Muhammad Aidhil Othman di talian 019-3713937,” katanya dalam kenyataan di sini, malam ini.

© New Straits Times Press (M) Bhd

Scroll to Top