Tun Musa Aman lawat Bung Moktar yang dirawat di ICU

Tun Musa Aman lawat Bung Moktar yang dirawat di ICU

am@hmetro.com.my

Kota Kinabalu: Yang di Pertua Negeri Sabah, Tun Musa Aman tiba di Hospital Gleneagles bagi tujuan melawat Pengerusi BN Sabah merangkap Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin yang sedang menerima rawatan, di sini, malam ini.

Musa tiba di hospital swasta terbabit sekitar jam 11.30 malam dan kemudian meninggalkan hospital pada jam 11.50 malam.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lamag merangkap Ahli Parlimen Kinabatangan itu menerima rawatan di unit rawatan rapi (ICU) Hospital Gleneagles sejak tengah hari tadi.

Sementara itu, memetik sumber laporan Sinar Harian, Setiausaha UMNO Sabah, Datuk Jafry Ariffin dilaporkan beliau mengesahkan Bung Moktar mengalami kegagalan fungsi buah pinggang dan jangkitan paru-paru.

Hari ini, anak lelaki kepada Bung Moktar, Naim Kurniawan Moktar menerusi hantaran di Facebook menzahirkan penghargaan terhadap semua pihak berkaitan khususnya imam di Lamag yang melaksanakan solat hajat untuk bapanya itu.

© New Straits Times Press (M) Bhd

Scroll to Top