Peralatan dapur terbina dalam, yang dahulunya hanya ada di kediaman mewah, kini semakin popular malah mudah diperoleh di Malaysia.
Pemilik rumah moden kini menggemari rekaan dapur yang kemas dan menjimatkan ruang, sekali gus meningkatkan pengalaman memasak harian.
Peningkatan penggunaan ini didorong oleh arus perkembangan gaya hidup seperti keperluan pengoptimuman ruang dan estetika kontemporari yang sesuai untuk apartmen moden, rumah bertanah dan projek baharu.
Pada masa sama, minat terhadap aktiviti memasak dan penyediaan pastri di rumah turut meningkat, ditambah pula dengan teknologi terkini seperti pembersihan pyrolytic, kawalan api yang lebih tepat dan pemasa pintar.
Di luar aspek gaya dan kemudahan, peralatan terbina dalam juga dilihat sebagai pelaburan jangka panjang yang meningkatkan nilai rumah dan menawarkan prestasi yang boleh dipercayai untuk bertahun lamanya.
Memilih peralatan dapur terbina dalam yang sesuai agak mencabar kerana pelbagai pilihan gaya, fungsi dan jenama yang ada.
Berikut panduan ringkas untuk membantu anda memilih peralatan terbaik mengikut gaya memasak, rekaan dapur dan bajet.
Memilih Peralatan Terbina Dalam Mengikut Gaya Memasak Anda
Gas vs Induksi – Hob Mana Sesuai untuk Anda?
Hob gas daripada Fotile, Elba, Bosch atau Teka menawarkan haba yang kuat dan kawalan api yang tepat serta sesuai untuk masakan kuali, tumis dan digoreng garing.
Ia hadir dalam kemasan kaca atau keluli tahan karat, tahan lama, mudah dibersihkan selain banyak model dilengkapi ciri keselamatan seperti peranti keselamatan hentian api.
Hob induksi pula sesuai untuk masakan harian seperti mereneh, merebus atau hidangan yang memerlukan kawalan suhu yang tepat.
Ia memberikan haba segera, jimat tenaga dan selamat melalui ciri seperti ‘auto shut-off’ dan permukaan yang tidak panas.
Zon masakan fleksibel menjadikannya serasi dengan pelbagai jenis periuk dan kuali pilihan moden.
Jika anda mahukan lebih fleksibiliti, hob hibrid yang menggabungkan gas dan induksi memberikan kombinasi terbaik.
Memilih Oven yang Tepat: Kapasiti, Ciri & Kecekapan
Pilih oven berdasarkan kapasiti kerana keluarga yang lebih besar mungkin memerlukan ruang antara 70 hingga 80 liter.
Kenal pasti ciri yang anda perlukan seperti kukus, panggang dan ‘air-fry’.
Pertimbangkan juga sistem pembersihan ‘pyrolytic self-cleaning’ (yang membakar sisa minyak) dan ‘catalytic liners’ yang membantu memudahkan penyelenggaraan.
Pilihan kawalan pula termasuk panel sentuh moden, butang tradisional dan sistem berasaskan sensor.
Daripada aspek prestasi, pilih oven yang menawarkan ketepatan, kuasa dan hasil masakan yang konsisten.
Model daripada Electrolux, Bosch, Smeg dan Teka mempunyai pelbagai fungsi dengan pengagihan haba sekata.
Electrolux menonjol dengan ciri seperti teknologi kukus, bakar dan air-fry malah ia sesuai untuk gaya masakan lebih sihat.
Kapasiti yang besar juga memudahkan penyediaan hidangan untuk keluarga besar serta persiapan musim perayaan di Malaysia.
Memilih ‘Cooker Hood’ yang Betul: Ventilasi Berkuasa dengan Gaya
Cooker hood sangat penting untuk dapur Malaysia, terutamanya dalam mengurus asap dan bau daripada gorengan dan masakan berempah.
Untuk pengudaraan berkesan, model sedutan tinggi seperti sistem ‘1-minute smoke extraction fotile’ sangat efektif dalam menyedut asap.
Untuk dapur konsep terbuka, pilihan yang lebih senyap seperti ‘Silent Drive Bosch’ membantu mengekalkan suasana yang lebih tenang.
Banyak model kini dilengkapi penapis gris dan bau berlapis serta rekaan laluan udara yang dipertingkatkan bagi memastikan udara dapur lebih bersih serta segar.
Pilihan rekaan termasuk ‘chimney’, ‘T-box’, ‘built-in’ dan ‘inclined’ yang semuanya mampu melengkapkan rekaan dapur moden.
Rancang Ruang Anda: Ukur Dahulu Sebelum Membeli
Pastikan anda mengukur ruang dapur sebelum memilih sebarang peralatan.
Lebar kabinet standard bagi kebanyakan model terbina dalam ialah 60cm, manakala oven besar pula antara 72cm hingga 90cm.
Semak juga saiz potongan hob, kedudukan hood, laluan ventilasi dan lokasi soket elektrik atau bekalan gas.
Tip: ‘Cooking Specialists’ Harvey Norman boleh membantu anda membuat semakan ukuran dan memberi nasihat susun atur supaya pemasangan berjalan lancar.
Padankan Dengan Estetika Rekaan Anda
Peralatan anda seharusnya sepadan dengan gaya dapur.
Untuk rumah moden, kemasan kaca dan ‘stainless steel’ daripada Bosch dan Electrolux memberi penampilan lebih bersih dan premium.
Untuk ruang dalaman mewah, Smeg menawarkan gaya Itali yang elegan.
Untuk kegunaan harian keluarga, Elba dan Teka menyediakan kemasan tahan lasak dan praktikal.
Pertimbangkan Nilai Jangka Panjang
Selain harga permulaan, pertimbangkan juga:
– liputan jaminan.
– kecekapan tenaga.
– ketahanan jenama.
– ketersediaan alat ganti dan aksesori.
– kos pemasangan.
Harvey Norman turut memudahkan pemilikan peralatan premium melalui pelan ansuran 0 peratus sehingga 60 bulan.
Dapatkan Panduan Pakar
Memilih peralatan terbina dalam boleh menjadi kompleks, membabitkan pertimbangan seperti ventilasi, pemasangan dan ukuran tepat.
Di Harvey Norman, kami bukan sekadar peruncit, kami ialah pakar dapur terbina dalam anda.
Pasukan Cooking Specialists terlatih menyediakan sokongan peribadi sepanjang proses, daripada perancangan susur atur, padanan produk hingga nasihat ukuran.
Sama ada anda ingin memadankan oven, hob dan cooker hood atau memastikan pemasangan sempurna dalam kabinet anda, pasukan Harvey Norman sedia membantu anda membina dapur yang bergaya dan berfungsi mengikut gaya hidup anda.
Pakej Eksklusif Built-In Harvey Norman
Harvey Norman menawarkan pakej kombo terbina dalam yang bergaya, menjimatkan ruang dan sesuai untuk pelbagai keperluan serta bajet.
ELBA, jenama tempatan yang dipercayai dengan set hob gas atau ceramic dan hood dengan pilihan oven daripada RM2,885.
Electrolux dengan inovasi Scandinavia dengan induction hob dan hood, naik taraf oven daripada RM3,024.
TEKA menawarkan kombo buatan Eropah daripada RM3,727.
Bosch menyediakan kejuruteraan Jerman dengan hob dan hood + oven PWP daripada RM4,418.
FOTILE adalah ventilasi dapur nombor 1 Asia, menampilkan set hood dan hob berkuasa tinggi bersama oven dalam pakej lengkap bermula daripada RM5,262.
Bagi pencinta rekaan premium, Smeg dari Itali menawarkan chimney hood yang bergaya, hob ikonik dan oven terbina dalam bermula daripada RM10,988. Promosi sah sehingga 31 Disember 2025.
Kenapa Beli di Harvey Norman?
Harvey Norman menawarkan pengalaman membeli-belah yang berfokus kepada pelanggan melalui janji ‘Shop with Confidence’ yang merangkumi ‘Price Match Guarantee’, Polisi Pertukaran 14 Hari, Tempahan Simpan 7 Hari, Penghantaran Hari Sama dan Penjagaan Produk.
Untuk maklumat lanjut, layari www.harveynorman.com.my atau kunjungi mana-mana cawangan Harvey Norman di seluruh negara.
Ikuti Harvey Norman Malaysia di media sosial untuk tawaran terkini, kemas kini produk dan acara eksklusif.
© New Straits Times Press (M) Bhd




