HM terima anugerah MFMPA ASEAN

HM terima anugerah MFMPA ASEAN

am@hmetro.com.my

Petaling Jaya: Harian Metro (HM) menerima Anugerah Pengaruh Media Cemerlang dan Kepimpinan Pembaca Bandar 2025.

Pengiktirafan itu diraih dalam Anugerah Persatuan Fesyen, Model dan Pageant Malaysia (MFMPA), di sini, malam ini.

Hadiah disampaikan oleh Presiden MFMPA, Dr Jason Hee Jee Pin dan Pengerusi Majlis Perniagaan Malaysia–China, Tan Sri Low Kian Chuan kepada Pengarang Rencana HM, Nazarali Saeril.

Low berkata, Anugerah MFMPA ASEAN mengiktiraf individu dan organisasi cemerlang yang menyumbang kepada ekonomi kreatif, selain memberi inspirasi melalui fesyen, peragaan, seni, dan filantropi.

“Anugerah ini bukan sahaja menghargai kecemerlangan, tetapi juga menggalakkan kerjasama rentas sempadan dalam bidang pelancongan, budaya dan keusahawanan,” katanya.

Selain HM, pemenang lain ialah Berita Harian (Anugerah Sumbangan Cemerlang kepada Kewartawanan Nasional dan Kepimpinan Media Melayu 2025), Kosmo (Anugerah Kecemerlangan Media Gaya Hidup, Hiburan dan Komuniti 2025) dan The Sun (Anugerah Kecemerlangan Laporan Berita Nasional dan Maklumat Awam 2025).

© New Straits Times Press (M) Bhd

Scroll to Top