Bekas pelakon Datin Seri Zizie Izette mengakui hilang arah selepas pemergian suami tercinta, Allahyarham Datuk Seri Bung Moktar Radin, semalam.
Menerusi satu hantaran di IG Story, Zizie meluahkan rasa kehilangan yang sangat kendalam serta memuat naik video suaminya bersama anak mereka.
BACA: “Selama 16 Tahun Saya Melihat Kebaikan Arwah Suami” – Zizie Izette

“Malam ini, saya rasa benar-benar hilang arah, berharap saya punya sedikit lagi masa untuk memeluknya.
“Mengucapkan terima kasih atas segala yang telah dia lakukan untuk keluarga kami,” tulisnya.
Sementara itu, Zizie turut menyifatkan arwah suaminya sering membahagiakan anak-anak, sentiasa menjaga solat dan tidak lekang berzikir.
“Allow me to grieve tonight. Inilah dia, seorang yang selalu mengalah dengan anak-anak dan membahagiakan anak-anak atau orang sekeliling. Berhati mulia, suka bersedekah.
“Seorang yang sentiasa menjaga solat dan sentiasa bertasbih walau di mana dia berada, tak lekang dengan zikir di bibir,” tulisnya.




