Maut jatuh gaung: Jenazah Suzaimah selamat dikebumikan

Maut jatuh gaung: Jenazah Suzaimah selamat dikebumikan

am@hmetro.com.my

Gua Musang: Jenazah Suzaimah Che Azis, 34, yang maut apabila kenderaan utiliti sukan (SUV) yang dinaiki bersama Hassan Shazali, 52, terhumban ke dalam gaung di Kilometer (Km) 52 Jalan Kuala Jeneris – Sg Gawi – Aring (Bukit Kawah), petang semalam, selamat dikebumikan jam 9.26 malam tadi.

Jenazah tiba di rumahnya jam 8.45 malam dan disolatkan sebelum dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Lebir.

Suasana hiba mengiringi pengebumian jenazah yang turut dihadiri lebih 50 penduduk termasuk sanak saudara dan kenalan rapat.

Dalam kejadian petang semalam, pasangan bakal pengantin maut di lokasi kejadian selepas kenderaan utiliti sukan (SUV) dinaiki mereka terbabas ke dalam gaung.

Kejadian itu dipercayai berlaku apabila SUV tersebut terbabas dan terjatuh ke dalam gaung sedalam lebih 60 meter ketika mangsa yang dari arah Hulu Terengganu menghala ke Gua Musang melalui jalan yang ditutup.

Jalan berkenaan ditutup sepenuhnya akibat tanah runtuh, berikutan hujan lebat pada musim tengkujuh sejak November tahun lalu.

Suzaimah yang juga ibu tunggal selepas berpisah dengan suami sejak lebih setahun lalu meninggalkan tiga orang anak berusia 15, 12 dan 7 tahun.

Berita berkaitan:

Wanita reda suami maut bersama bakal isteri, akui masih dalam tempoh iddah

Baju pengantin ditemui dalam SUV jatuh gaung, 5 hantaran tinggal kenangan

‘Baju hitam untuk perkahwinan arwah kakak akan dipakai ketika kenduri tahlil’

Lalu jalan ditutup, MPV jatuh gaung, pasangan bakal pengantin maut

© New Straits Times Press (M) Bhd

Scroll to Top