Azlan Komeng Muflis, Cik Pia Tuntut RM75,000 Dalam Kes Saman Fitnah

Azlan Komeng Muflis, Cik Pia Tuntut RM75,000 Dalam Kes Saman Fitnah

Oh! Artis

Kes saman fitnah makin panas selepas Cik Pia tuntut RM75,000 dan isu muflis Azlan dibangkitkan.


Kes saman fitnah antara pempengaruh Cik Pia dan pasangan selebriti Azlan Komeng serta Nur Nilam makin jadi tumpuan selepas pihak pembelaan memohon jaminan kos RM75,000. Dalam masa sama, status muflis yang dikaitkan dengan Azlan turut disebut dalam hujahan mahkamah dan menarik perhatian ramai.

Peguam Cik Pia, Datuk Adnan Seman, mengesahkan permohonan jaminan kos itu difailkan di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur. Beliau menjelaskan kes saman fitnah ini melibatkan dua plaintif iaitu Nur Nilam dan Azlan terhadap defendan Norsufia Johari. Prosiding pula merangkumi isu kerjasama perniagaan, produk serta kenyataan media sosial.

Mahkamah dipohon pertimbangkan sebab Azlan Komeng muflis

Menurut Adnan, situasi kedua-dua plaintif wajar diberi perhatian oleh mahkamah. Beliau memaklumkan permohonan dibuat selepas menilai faktor kewarganegaraan dan status kewangan yang terlibat.

Plaintif pertama merupakan warganegara Thailand dan boleh keluar negara pada bila-bila masa. Manakala plaintif kedua ialah individu berstatus bankrap.- Katanya.

Pihak pembelaan turut memohon agar writ saman dan pernyataan tuntutan plaintif kedua dibatalkan sepenuhnya. Mereka berhujah tindakan itu tidak sah kerana plaintif kedua masih berstatus bankrap ketika memfailkan tindakan berkenaan.

Defendan menjelaskan plaintif kedua memfailkan tindakan mahkamah sedangkan dia masih berstatus bankrap.- Katanya.

Tarikh perbicaraan telah ditetapkan

Perbicaraan kes saman fitnah ini dijadual berlangsung pada 13 dan 14 Jun tahun depan. Sebelum ini, Azlan dan Nilam memfailkan saman terhadap Cik Pia selepas mendakwa kenyataan berunsur fitnah dan provokasi di media sosial. Mahkamah juga telah memberikan perintah injunksi inter partes terhadap Cik Pia pada 7 November lalu.

Pssttt! Ohmedia harap korang sentiasa berjaga-jaga bila naikkan apa-apa kenyataan di media sosial. Kadang-kadang satu ayat saja pun cukup untuk bawa kes sampai ke mahkamah.

Kredit: HibGlam
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.

** Selain dari Whatsapp Channel, dapatkan kemaskini Oh! Media setiap hari terus ke emel melalui langganan percuma di bawah.

author avatar

Hafizal adalah penulis sepenuh masa di Oh! Media yang sentiasa hadir menemani anda, terutama di saat-saat lewat malam. Untuk mendapatkan berita terkini dan cerita viral, jangan lupa cari nama Hafizal—sentiasa ada untuk menghibur dan menginformasikan anda!

Scroll to Top